Apa Beza Antara CLEANSING Dan ZAKAT?

Apa beza antara CLEANSING dan ZAKAT?

CLEANSING merujuk kepada pembersihan harta haram, manakala ZAKAT pula ialah penyucian harta suci.

Contoh CLEANSING: Pelabur bercampur antara sumber haram dan harus maka keuntungan dari sumber haram perlu dibersihkan. Ia disalurkan ke tabung tidka patuh syariah di bawah majlis agama Islam. Jika di masjid-surau selalunya ia digunakan untuk kegunaan umum seperti pembinaan tandas, tar, dan sebagainya.

ZAKAT: Wang dari sumber halal dibersihkan untuk dibayar kepada asnaf zakat.

CLEANSING adalah wajib utk dilakukan ke atas 100% harta haram.

Manakala ZAKAT pula ialah wajib 2.5% daripada harta suci, dan selebihnya ialah sunat dipanggil sedekah.

Tidak ada ZAKAT terhadap harta haram.

Contoh, ejen insurans konvensional bayar zakat untuk bersihkan harta. TIADA kaedah ini dalam Islam.

Contoh mudah, harta perompak / pencuri – tidak boleh dizakatkan.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com