fbpx

Perbezaan Hibah Dengan Wasiat

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 483Words
  • 2645Views

Apakah Perbezaan Yang Perlu Anda Tahu Berkenaan Dengan Hibah dan Wasiat

“Tuan Afyan, apakah beza hibah dengan wasiat? Saya dah buat hibah, perlu lagi ke wasiat?” Ini antara soalan dalam posting saya sebelum ini.

Begini ceritanya….

  1. Kedua-dua hibah dan wasiat adalah pemberian.
  2. Hibah bererti hadiah. Manakala wasiat dalam konteks tulisan ini ialah wasiat pemberian, bukan wasiat pentadbiran melantik wasi atau wasiat pesanan kepada ahli waris. (Rujuk artikel “Beberapa Konteks Wasiat Yang Perlu Kita Ketahui“)
  3. Hibah ialah pemberian ketika hidup, manakala wasiat pula ialah pemberian untuk dilaksanakan selepas meninggal dunia.
  4. Pemilik harta boleh hibahkan seluruh hartanya kepada sesiapa sahaja, manakala wasiat pula hanya tertakluk kepada 1/3 daripada jumlah harta pusaka.
  5. Hibah boleh diberikan kepada sesiapa sahaja. Tapi wasiat hanya untuk BUKAN WARIS sahaja. Jika kepada waris faraid, perlu dapat persetujuan waris-waris faraid lain.
  6. Kedua-dua hibah dan wasiat boleh dilakukan tanpa perlu persetujuan waris, kecuali bagi wasiat yang melebihi 1/3.
  7. Kedua-dua hibah dan wasiat hukumnya sunat dan digalakkan untuk mengumpul pahala di akhirat. Tapi pelaksanaan wasiat wajib terhadap waris yang masih hidup untuk memastikan pemberian wasiat itu berjalan.
  8. Hibah memerlukan ijab dan qabul untuk memastikan ia sah, manakala wasiat hanya memerlukan ijab sahaja tanpa qabul untuk menjadikan sesuatu wasiat itu sah.
  9. Pindah milik bagi hibah boleh dilakukan ketika pemilik harta hidup atau selepas kematiannya. Manakala wasiat, sudah tentu selepas kematian pemilik asal memandangkan ia wajib dilaksanakan selepas kematian pemilik harta.

Beza hibah dengan wasiat

 
 
Kawan-kawan, ada lagi tak maklumat lain yang tertinggal?
 
 

Artikel Berkaitan:

  1. Hibah bermaksud hadiah. Dah bagi barang tu hadiah, takkan minta orang tu bayar hutang guna duit hadiah yang kita bagi? Baca selanjutnya di sini Hibah Takaful Bukan Untuk Bayar Hutang

     

  2. Adakah anda sudah membuat wasiat untuk tinggalkan kepada waris? Adakah anda juga sudah membuat hibah hartanah kepada orang yang anda sayang? Baca selanjutnya di sini Sudahkan Anda Membuat Hibah dan Wasiat

Lain-lain Artikel

Hibah Takaful-Isteri Tak Wajib Bayar Hutang Suami

Hibah Takaful Boleh Selesaikan Hutang?-Kes 1

Hibah Takaful Boleh Selesaikan Hutang?-Sambungan Kes 1

Hibah Takaful Boleh Selesaikan Hutang?-Kes 2

Penerima Hibah Tidak Wajib Pun Untuk Membayar Hutang Pemberi Hibah

 

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

 

Ejen wasiat dah hibah 😎 Follow dan klik see first utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan.

Utk info pantas, ikuti  Telegram Channel Jemput follow saya di beberapa media sosial lain;

Page FB fb.com/Afyan.IFP
Twitter twitter.com/AfyanIFP
Instagram instagram.com/Afyan.IFP

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

Berminat untuk mengetahui berkenaan Hibah atau Pusaka, sila isi maklumat dibawah.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Antara MRTT dan MLTT, mana lagi bagus? Sumber: Berita Harian Setiap…