fbpx

Apa Beza Pemegang Amanah Dan Pentadbir

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 406Words
  • 2294Views

Image may contain: Ahmad Mustapha and Afyan Mat Rawi

Ramai yang keliru apa yang dimaksudkan dengan Pemegang Amanah dan Pentadbir. Ada yang namanya didaftarkan didalam geran tanah sebagai pemegang amanah menganggap mereka adalah pemilik tanah.

Sebenarnya TIDAK. Kedua-dua jenis pemegang hartanah diatas bukan pemilik tanah yang sebenar. Terdapat kekangan atau halangan jika mereka hendak menjual atau menguruskan hartanah yang dimiliki.

PEMEGANG AMANAH

1) Pemegang Amanah merujuk kepada satu tanggungjawab yang dipikul oleh penama sehingga tanah tersebut diserahkan kepada pemilik yang sebenar.

Pemegang Amanah dibuat oleh pemilik tanah dengan meletakkan nama orang yang dilantik untuk menjaga tanah tersebut sehingga nama pemilik sebenar dimasukkan kedalam geran hakmilik.

2) Selalunya Pemegang Amanah wujud kerana pemilik sebenar masih dibawah umur atau pemilik sebenar tidak boleh berfikir dengan waras seperti downsyndrome atau gila.

Status Pemegang Amanah boleh dibatalkan dengan membuat permohonan melalui Mahkamah atau melalui Pejabat Tanah. Jika Pemegang Amanah dibatalkan hartanah terebut akan kembali kepada pemilik asal.

3) Pemegang Amanah tidak berhak menguruskan hartanah tersebut dan hanya sekadar memegang sebagai amanah sahaja.

Jika pemegang amanah hendak menjual hartanah yang dipegang beliau perlu mendapatkan kebenaran daripada Mahkamah. Mahkamah akan memberi kebenaran jika mahkamah berpuas hati bahawa harga jualan hartanah tersebut akan digunakan untuk menjaga kebajikan atau kepentingan pemilik sebenar. Jika pemilik sebenar masih dibawah umur harga jualan tersebut perlu diserahkan kepada amanahraya untuk diuruskan.

PENTADBIR

1) Pelantikan pentadbir dibuat oleh Pejabat Tanah atau melalui Mahkamah.

Pentadbir wujud jika berlaku kematian dan orang yang dilantik sebagai pentadbir boleh atau mempunyai kuasa untuk menyewakan dan memunggut hasil sewa untuk hartanah yang ditadbir. Pentadbir selalunya bersifat sementara sahaja. Beliau hanya mentadbir sehingga tanah yang ditadbir ditukar nama kepada pemilik sebenar atau waris yang berhak. Kedudukan pentadbir hanyalah sekadar sebagai pengurus, pentadbir dan memegang amanah bagi pihak si mati sehinggalah harta tersebut diserahkan kepada waris yang sepatutnya atau sehingga kesemua pembahagian harta tersebut selesai.

2) Pentadbir tidak ada hak pemilikan atau kepentingan terhadap harta yang ditadbirnya melainkan beliau sendiri adalah salah seorang waris yang berhak menerima harta simati tersebut.

Ertinya beliau tidak ada kuasa secara automatik untuk menjual atau memindahmilikkan harta tersebut kepada mana-mana pihak selain daripada waris-waris yang sah yang berhak menerima harta tersebut, melainkan ada suatu perintah daripada pejabat pusaka kecil atau mahkamah untuk berbuat demikian.

3) Jika pentadbir ingin menjual hartanah yang ditadbirnya maka pentadbir tersebut perlu mendapat perintah atau kebenaran daripada Mahkamah.

Pentadbir boleh menjual hartanah yang dipegang melalui perintah mahkamah dan pentadbir ada kuasa untuk membahagikan hasil jualan kepada waris yang berhak mengikut bahagian faraid atau muafakat keluarga.

Tulisan asal oleh Tuan Ahmad Mustapha (gambar)

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Hamka (Kereta Mayat) 15 Step Perancangan Kewangan…