fbpx

Apa implikasi apabila seseorang memahami perniagaan dan pelaburan / simpanan adalah perkara sama?

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 340Words
  • 457Views

Apa implikasi apabila seseorang memahami perniagaan dan pelaburan / simpanan adalah perkara sama?

1. Dia akan menganggap bahawa untung 5% ke 20% setahun daripada pelaburan adalah kecil.

2. Kerana dia membandingkan dgn perniagaan karipap yg boleh menjana untung 500% ke 1,000% setahun.

3. Walhal, kedua-dua perniagaan dan pelaburan adalah berbeza cara seseorang beroleh keuntungan.

4. Untung 5% ke 20% daripada simpanan atau pelaburan diperolehi secara pasif manakala untung berniaga karipap / murtabak / baju dll sehingga 500% ke 1,000% diperolehi secara aktif.

5. Maknanya, utk untung 5% ke 20% setahun daripada pelaburan seseorang tidak perlu hari-hari bekerja keras.

6. Manakala utk untung 500% ke 1,000% setahun daripada perniagaan, dia perlu bekerja keras beli barang, simpan stok, promosi, cari pelanggan, jual barang setiap hari.

7. Jadi berpadanan dan berbaloi utk untung 5%-20% setahun daripada pelaburan yg tidak bekerja keras.

8. Sama berbaloi seseorang yg bekerja keras beli barang, simpan stok, promosi, cari pelanggan, jual barang setiap hari untuk mendapatkan untung 500% ke 1,000% setahun.

9. Tapi apabila seseorang mengatakan tidak berbaloi pelaburan dgn untung 5%-20% berbanding berniaga, ini yg jadi masalah.

10. Mentaliti inilah yg menyebabkan org mudah terpengaruh menyertai skim-skim mengarut too good to be true apabila diberikan keuntungan 10%-20% SEBULAN!

11. Kerana bagi mereka, untung Tabung Haji dan ASB sekitar 5% – 6% setahun adalah tidak berbaloi.

12. Selalunya mentaliti ini datang daripada orang makan gaji yang menganggap org yang berniaga mengaut keuntungan besar.

13. Jadi golongan sebegini akan mudah terjerumus dlm skim-skim mengarut too good to be true.

14. Walhal, potensi untung daripada perniagaan 500% ke 1,000% datang dengan risiko 100% produk yang dibeli tak laku malah mungkin negatif selepas ditolak dengan kerja keras yang tak mendatangkan hasil.

15. Tak campur lagi kos simpan stok, kos pemasaran, pengangkutan, promosi dan sebagainya. Kemudian risiko stok tak habis dan juga kos cukai yang dikenakan oleh LHDN. Entah-entah jadi negatif.

16. Berbanding dengan simpanan / pelaburan rendah risiko seperti Tabung Haji dan ASB, ada jaminan pengenakalan modal, maka bukan sesuatu yang adil untuk membandingkan kedua-duanya.

17. Inilah sebabnya orang kita mudah kena sontot kerana mudah sangat terpedaya dengan benda-benda macam ni.

IKLAN: http://bukubmw.com <——- Belajar ilmu-ilmu kewangan secara bermodul menggunakan #BukuBMW Buku Bijak Merancang Wang

www.bukuBMW.com
www.bukuBMW.com
www.bukuBMW.com

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Nak kerja dengan Google, belum tentu kita ada peluang. Tapi…