fbpx

Apa Jadi Kepada Lelaki Ini Selepas Membeli Kereta Proten Perdana?

  • 4 years ago
  • 4Minutes
  • 640Words
  • 309Views

Apa jadi kepada lelaki ini selepas membeli kereta Proten Perdana?

Dipetik dari FB Rahim Mashor

Ini adalah pengalaman peribadi saya masa mula-mula kerja dulu. Masa tu tahun 2010.

Tobat dah, saya takkan ulanginya lagi.
Insaf beb…

Dah tak tahan jadi hamba kepada kereta. Merana hidup. Sampai tahap nak bagi duit pada mak ayah sendiri pun tak dapat walau RM50 sebulan. Walaupun mak ayah tak minta, tapi dimana tanggungjawab saya sebagai anak lelaki?

Kisahnya bermula di sini.

Pada tahun 2010 saya mula kerja sebagai aircraft technician. Gaji basic masa tu RM1,100 je. Kenderaan pertama saya beli motor ex5. Bayar bulanan RM150.

Timbul dalam hati, takkan aku kerja aircraft technician nak naik motor je. Apa kelasss..

Nak beli kereta. Takkan nak beli kancil je. Bunyi nama kerja hebat tapi naik kancil je. Nanti apa orang kata.

Lalu cuba submit loan untuk kereta Perdana v6 yang berharga RM30K (secondhand). Wow…. Alhamdulillah lulus beb.. Tak sangka yang bergaji RM1,100 mampu beli Perdana v6… Bayar bulanan RM530.

Pada masa yang sama dah deal dengan awek nak kawin tahun depan iaitu tahun 2011. Duit simpanan habuk pun takde. Tapi alhamdulillah awek tu dah selamat di ijab kabulkan dan dah ada 3 orang anak dah sekarang.

Motor RM150, kereta RM530 dah Rm680. Tolak gaji tinggal lah RM420. Dengan RM420 tu lah untuk bayar sewa rumah, makan minum, nak isi minyak, top up fon lagi. Nampak tak kenapa saya tak boleh bagi duit kat mak ayah saya walaupun RM50 sebulan. Nak nyesal pun dah tak guna.

Nak kawin duit simpanan takde ni. Buat personal loan pula. Alhamdulillah, lulus lagi. Lepas tu di offer pula kad kredit. Tunggu apa lagi, ambil lah. Pinjam dengan kawan lagi.

Nampak tak jalan saya menuju ke neraka wang macamana. Cukup senang sekali.

Lepas kawin lagi lah. Bini tak kerja, saya kerja sorang. Walaupun gaji masa tu dah naik RM1,200 tetap tak cukup.

Tahu tak, lepas kawin tahap kewangan saya memang teruk. Lepas tolak segala hutang, sewa rumah dan lain-lain lagi duit tunai kat tangan tinggal RM200 untuk makan sebulan dengan isteri.

Saya bawa duit pergi kerja seringgit je sehari. Tu pun buat beli nasi lemak sebungkus. Malam balik makan kat rumah bini masak. Sedih kan… Nak buat macamana, hidup ni soal pilihan. Dah dari awal saya pilih macam tu. 2 tahun saya macam tu.

Sejak dari tu saya mula Insaf.

Saya mula belajar urus kewangan. Belajar sendiri dari pengalaman pahit dan mahal tu. Masa tu saya blurr tak tahu nak belajar dengan sapa dan tiada sumber untuk belajar. Sehingga lah sekarang saya mampu beli rumah dan rumah tu dibagi sewa.

Alhamdulillah, hidup saya makin baik sekarang. Walaupun dalam tempoh PKP ni hampir 2 bulan dah, saya cuti tanpa gaji alhamdulillah masih mampu bagi duit kat mak tiap-tiap bulan. Ayah dah takde 3 tahun lepas.

Tu lah kisah hidup saya.

Mana kawan-kawan yang baca kisah saya ni, boleh lah share kepada kawan-kawan yang lain. Mana tahu diaorang pun boleh belajar sama dengan pengalaman hidup saya ni. Jadikannya saham akhirat buat kita semua.

Zaman sekarang bukan macam zaman dahulu. Nak dapatkan ilmu kewangan yang betul sekarang cukup senang dan murah harganya.

Sekarang alhamdulillah saya dah jumpa satu ebook yang sangat bermanfaat buat kita semua. Saya dah beli dan baca. In sha Allah saya akan praktikkannya dalam hidup seharian saya bagi mengukuhkan lagi tahap kewangan keluarga tercinta ni.

Apa yang saya cukup tertarik dengan penkongsian penulis ni adalah tentang cara beli kereta. Rupanya ada 3 cara untuk beli kereta yang betul. Cara-cara tersebut dapat elak kita daripada terjerumus ke nereka wang.

Penulisnya ialah Tuan Afyan Mat Rawi.

Nak tahu apa caranya, boleh dapatkan ebook ni disini. Harganya hanya RM50 (harga promosi). Promosi tamat pada hari isnin ni.

Sila klik disini eSeminarBMW

Marilah sama-sama kita belajar untuk memperkukuhkan lagi tahap kewangan kita. Kita baca dan amalkannya sama-sama.
InshaAllah berjaya.

Aminn…

Ni lah kereta Perdana v6 saya dulu..

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Pengalaman kena sontot dan Insaffff... Dulu saya selalu juga aktif…