fbpx

Apabila Adanya Kesedaran Dalam Kewangan Di Usia Muda

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 336Words
  • 299Views

Dipetik dari FB Noraini Othman berkenaan dengan seorang anak muda yang mempunyai kesedaran awal bagi melihat masa depan di hari tua.

Alhamdulillah. Baru selesai appointment dengan seorang anak muda yang ada kesedaran kewangan. Umur early 30’s tu kira muda la tu sebab akak tua dah…😂

Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura memang sudah menjadi kebiasaan kerana pendapatan yang di bawa pulang boleh darab 3.

Namun risiko sangat tinggi dengan kenderaan seperti lautan motor bersesak-sesak. Hanya jiwa kental sahaja mampu hadapinya.

Unit trust sangat sesuai untuk pengganti KWSP. Since kerja di Singapura tidak ada jaminan (kontrak) dan tiada pula simpanan seperti KWSP, anak muda ini berhasrat mencari sesuatu yang sesuai untuk menggantikan instrument KWSP.

Nasihat saya, jangan labur semua duit dalam unit trust. Agihkan juga ke tempat lain seperti ASB @ Tabung Haji sebagai emergency savings. Jangan usik duit unit trust sebab ianya berfungsi sebagai wang persaraan hari tua.

Di Singapura memang ada CPF, namun ketika sudah bersara mereka masih lagi perlu bekerja kerana wang CPF boleh dikeluarkan sepenuhnya untuk membeli rumah. Akibatnya mereka masih perlu bekerja untuk meneruskan kehidupan kerana wang persaraan sudah dihabiskan untuk membeli rumah.

Sedihkan. Di kala tua sepatutnya umur dihabiskan untuk beribadah sementara usia masih berbaki entah berapa hari…namun realitinya jauh berbeza.

Jika di sini kita melihat orang tua-tua walaupun susah, tidak pernah saya nampak mereka bekerja seperti kutip tin dan kotak untuk meneruskan kelangsungan hidup namun di Singapura ianya pandangan yang biasa. Allahurabbi.

Ini adalah contoh yang sangat jelas di depan mata anak muda ini dan kisah yang beliau kongsikan telah menaikkan lagi awareness saya tentang betapa perlunya kita tahu merancang kewangan dengan baik.

70% daripada pencarum KWSP di Malaysia menghabiskan wang persaraan dalam masa 3 tahun. 😓.

Persoalannya, apakah kita tergolong dalam golongan ini?

Pilihan ada di tangan kita.

Rules of thumb untuk bujang, simpanlah 30% daripada pendapatan setiap bulan manakala yang sudah berkeluarga pula minimum simpanlah 10%.

Hentikan tabiat lapuk biar papa asal bergaya.

Ada dana yang bagi pulangan sehingga 11% dalam jangkamasa 10 tahun.

Interested nak test market?

Di ambil dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Program Train The Consultant, edisi pertama tahun 2019. Dalam program…