fbpx

Apakah Hukum Pelaburan Bitcoin & Kripto

  • 2 years ago
  • 5Minutes
  • 827Words
  • 2448Views

Sesi Borang & MembaWang bersama Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar untuk mengupas tajuk “Apakah Hukum Pelaburan Botcoin & Kripto?”

30 nasihat Tan Sri Dr Mohd Daud Bakar – Shariah Minds – Minda Syariah berkenaan Bitcoin dan Kripto pada tahun 2017 dan masih releven sehingga sekarang.

#1. Matawang bukanlah suatu instrumen pelaburan. Ia adalah alat pertukaran / medium of exchange / thamaniah yang mendapat kepercayaan / trust / thiqah daripada masyarakat.

#2. Nabi Muhammad SAW tidak membatalkan matawang yang telah digunakan oleh masyarakat sebelum kedatangan Islam iaitu emas dan perak. Namun begitu Baginda SAW telah meletakkan garis panduan tertentu seperti hukum hakam as-saraf dan riba.

#3. Hadis Ubadah bin Somit adalah hadis yang paling tekenal dalam isu tukaran matangwang iaitu emas hanya boleh ditukar dengan emas, perak dengan perak.

Sekiranya berbeza jenis maka ia boleh ditukar dengan kehendak dan persetujuan bersama dengan syarat ianya dilakukan secara lani / spot basis.

#4. Matawang juga terdedah kepada risiko naik dan turun termasuk emas.

#5. Sebarang perkara yang diterima oleh masyarakat sebagai alat pertukaran maka ianya dianggap wang. Ia juga akan tertakluk kepada hukum hakam riba berdasarkan hadis Ubadah bin Somit.

#6. Hadis Ubadah bin Somit hanya merujuk kepada hukum hakam riba dan bukan merujuk kepada hanya emas dan perak boleh dijadikan matawang.

Adakah matawang digital merupakan suatu matawang?

Bitcoin was only one of the first steps in the digital transformation of money.

#7. Para sarjana masih menjalankan kajian terhadap matawang digital seperti Bitcoin dan lain-lain.

#8. Menurut pakar, matawang ini disokong oleh teknologi Blockchain yang sangat hebat dan mampan. Data dalam Blockchain tidak boleh diubah sehingga kiamat kerana kehebatan teknologinya. Maksud chain itu sendiri sama seperti sanad / rantaian dan ianya benar / real.

#9. Amanie (syarikat penasihat syariah yang dimiliki oleh Dr Daud Bakar) telah menjalankan kajian intensif dan mengeluarkan fatwa pertama di dunia yang membenarkan pelabur untuk melabur dalam saham syarikat yang menerbitkan Bitcoin.

Namun begitu, fatwa ini bersifat persendirian dan bukannya untuk kegunaan umum.

Bitcoin : Adakah ianya mempunyai ketidaktentuan yang jelas?

#10. Ramai orang menyatakan bahawa Bitcoin terdedah kepada ketidaktentuan / gharar kerana ianya mungkin akan lenyap, pemilik tidak jelas dan sebagainya. Sebenarnya terdapat perbezaan di antara risiko / khatar dan ketidaktentuan / gharar.

#11. Sebenarnya, semua perkara di atas dunia tidak akan terlepas dari risiko / khatar termasuk emas dan matawang-matang fiat.

#12. Risiko adalah fitrah tidak mempengaruhi hukum sesuatu perkara. Sebagai contoh, harga emas hari ini mungkin lebih rendah dari bulan lepas.

#13. Manakala ketidaktentuan / gharar pula adalah berkait dengan barang itu sendiri. Seperti ketidakjelasan pada bentuknya dan sebagainya. Ianya mempengaruhi hukum.

#14. Gharar membatalkan konteks syariah manakala khatar tidak.

Valuation / Nilai

#15. Ramai orang berkata matawang perlu kukuh dan kemas. Namun begitu, kita perlu mengetahui bahawa tiada barang yang tetap di dalam dunia.

#16. Pada zaman sekarang, saya juga tidak beriman dengan saranan orang ramai bahawa matawang perlu disandarkan kepada emas. Hal ini akan diulas dalam perbincangan yang lain.

#17. Sebenarnya, volatility tidak memberikan kesan kepada hukum matawang.
Adakah kerana matawang diperniagakan menyebabkan ianya sudah tidak boleh dianggap matawang?

#18. Tidak. Sebenarnya hukum membeli matawang untuk tujuan pelaburan atau membeli ketika nilai rendah dan menjual ketika nilainya tinggi adalah harus. Namun begitu ianya tertakluk kepada hukum hakam riba dan AAIOFI telah mengeluarkan piawaian berkenaan dengannya.

#19. Namun begitu, jual beli matawang secara margin dan ketiadaan pemilikan penuh seperti urusniaga forex dalam talian yang ada pada hari ini adalah haram dan berdosa besar.

#20. Kita tidak boleh menghalang mana-mana individu untuk berjual beli matawang tidak kira ianya digital ataupun fiat.

Hukum Bitcoin dan matangwang kripto

#21. Bitcoin dan matawang kripto secara konklusinya adalah HARUS dan SAH DI SISI SYARAK. Namun begitu ianya adalah TERTAKLUK KEPADA HUKUM HAKAM RIBA.

#22. Bitcoin perlu ditukar dengan matawang yang lain secara lani / spot basis atau T+2 iaitu dalam masa dua hari (dua hari adalah waktu kebiasaan untuk prosedur due diligence, pengesahan sumber matawang dan proses-proses pengesahan yang lain).

#23. HARAM menukar Bitcoin dengan matawang yang lain secara tertangguh.
Kesimpulan

#24. Concern Syariah pada Bitcoin / matawang adalah riba manakala concern negara pada Bitcoin adalah dari sudut kestabilan, bagaimana boleh diserap dalam ekonomi , kesan fiskal dan sebagainya.

#25. Bitcoin patuh dari sudut syariah namun ianya mungkin memberi kesan negatif seperti Money laundering, ketirisan dan aktiviti tidak sihat kepada negara. Ianya mungkin memberi kesan besar jika tidak dikawalselia dengan baik.

#26. Namun begitu, konteks perbincangan kita pada sesi ini adalah dari sudut hukum syariah berkait dengan Bitcoin itu sendiri sahaja.

#27. Bitcoin / matawang digital juga akan memberi impak positif kepada individu yang tidak mempunyai akses dalam sistem perbankan.

Nasihat Dr. Mohd Daud Bakar

#28. Jangan terpengaruh dengan aspek luaran yang tidak menjejaskan hukum matawang seperti turun naik nilai matawang, digunakan untuk pelaburan dna sebagainya.

#29. Apa yang paling penting dalam Islam bukanlah ilmu tetapi hikmah / wisdom iaiatu cara kita menyampaikan ilmu tersebut.

#30. Janganlah kita melancarkan skim-skim pelaburan yang scam untuk memerangkap orang ramai melabur dalam Bitcoin padahal kita tidak mempunyai akses kepada matawang ini.

Sumber: Blog Tan Sri Dr Daud Bakar

Sambil-sambil tu, boleh download aplikasi LUNO, platform Kripto yang patuh syariah dan disahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti.

Klik di sini

Dan masukkan code 5ZUNV6 utk dptkan RM25 dalam e-wallet

#BorakMembaWang

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Beberapa hari ini viral screnshot-screenshot netizen yang mengadu tentang ketidakcukupan…