fbpx

Kelebihan membeli hartanah bawah harga pasaran: Panduan dan risiko

  • 3 months ago
  • 2Minutes
  • 334Words
  • 404Views

Sekarang ni memang buyer’s market bagi property. Bersepah hartanah yang dijual di bawah harga pasaran.

Apabila beli rumah bawah harga pasaran, bermakna kita dah buat untung ketika membelinya lagi. Inilah yang saya belajar dari guru-guru hartanah.

Sama macam kita nak beli barang, tentu kita suka barang yang dijual dengan harga bawah harga pasaran dan diskaun, kan?

Contoh, jika kita beli rumah yang bernilai RM700K, dapat beli dengan harga RM500K. Maknanya, dah ada diskaun RM200k ketika membelinya.

Dah jimat duit deposit. Bukan tak perlu deposit, tapi deposit tersebut dapat cover balik dengan diskaun yang diberikan.

Bank boleh approve pembiayaan 90% daripada nilai pasaran rumah, menjadikan pembiayaan RM630K, ia lebih tinggi daripada harga jualan RM500K dengan lebihan RM130K.

Maknanya, pembeli boleh deal dengan pemilik rumah, lawyer dan banker untuk lakukan perkara yang diistilahkan sbg “mark up loan”. Komplot ini sudah menjadi “open secret” di kalangan player yang terlibat.

Apakah cashback dalam pelaburan hartanah

Dalam hal ini, pembeli mungkin hanya bayar 10% daripada harga yang dipersetujui iaitu RM50K (atau mungkin kurang lagi). Kemudian ia adakan diperolehi balik 50k tersebut dengan tambahan RM130 daripada perbezaan pembiayaan yang diluluskan dengan harga jualan sebenar. RM630K tolak RM500 = RM130K.

Tanggungan kos

Tapi barang diingat, kos legal fees, kos duti stamp, kos di pejabat tanah akan dikenakan berdasarkan harga dalam SNP. Tambahan, apabila ada cashback sebegitu, ia adalah hutang.

Bagi yang bijak kewangan, boleh manipulasi kelebihan tersebut untuk tambah lagi aset. Ia juga boleh digunakan bagi menutup hutang sedia ada. Mungkin boleh juga beli rumah lagi di bawah nilai pasaran dengan harga yang sama.

Bagi yang baru-baru nak belajar, kena hati-hati sikit, takut terluka.

Financing dan cashback adalah alat. Umpama pisau, di tanya seorang Chef, ia digunakan untuk memotong dan menyediakan masakan yang sedap-sedap. Tapi di tangan seorang kanak-kanak, ia boleh menjadikannya luka dan cedera parah.

Serius, jika pandai menggunakannya, memang seronok dan sangat bermanfaat.

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tips pilih kelas training berbayar. Join kelas advance selepas anda…