fbpx

Apakah maksud “multiple submission”?

  • 2 years ago
  • 3Minutes
  • 575Words
  • 253Views

Ada yang beli rumah secara multiple submission masa PKP ketika OPR rendah, dah mula stres apabila ansuran bulanan naik dalam masa sama tak ada penyewa.

Sad but true.

Apakah maksud “multiple submission”?

Multiple submission ialah penghantaran beberapa application pembelian rumah secara hutang kepada banyak bank secara serentak. Maknanya, kalau nak beli 3 rumah, hantar 3 application serentak kepada bank berbeza. Lagi banyak bank, lagi tinggi peluang. Kalau ada orang dalam, lagi bagus.

Contohnya, kita ada 3 unit, kita buat begini:

  • Unit 1, hantar application kepada Bank A dan Bank B
  • Unit 2, hantar application kepada Bank C dan D.
  • Unit 3, hantar application kepada Bank E dan F.

Jadi, setiap bank hanya menyemak kelayakan peminjam berdasarkan rekod sedia ada dan tak mengetahui bahawa ada lagi application daripada peminjam yang sama kepada bank lain, ke atas unit yang lain.

Dalam rekod CCRIS, bank nampak bahawa pemohon juga ada memohon daripada bank lain tapi disebabkan harga hartanah yang sama, bank membuat anggapan bahawa ia adalah untuk unit yang sama.

Jika semua bank meletakkan pra-syarat yang sama dan pemohon mempunyai rekod kewangan dan CCRIS yang cantik, kebarangkalian besar permohonan kesemua 3 buah hartanah tadi diluluskan.

Best case scenario, kesemua ketiga-tiga unit tadi akan diluluskan oleh keenam-enam bank.

Ada ia perbuatan beretika? Tuan-Puan boleh menilai sendiri. Ia adalah sejenis manipulasi “loop-hole” sistem kewangan dan perbankan di Malaysia.

Adakah ia patuh syariah? Bab hukum, perlu rujuk kepada ahlinya. Saya bukan pakar dalam hal ehwal hukum.

Dalam keadaan normal, pembeli perlu beli satu persatu unit rumah tersebut.

Selepas selesai jual beli unit pertama, ia akan ada dalam rekod CCRIS. Jadi, apabila permohonan pembelian rumah kedua dibuat, bank akan lihat rekod CCRIS dan membuat penilain DSR seseorang.

Dalam situasi biasa, jika kita membuat permohonan untuk membeli rumah pertama dengan hutang bank maka permohonan rumah kedua sukar untuk diluluskan.

Tapi disebabkan kelompangan (loop-holes) yang ada dalam perundangan hartanah, maka cara untuk membeli banyak rumah serentak ialah dengan cara multiple submission.

Ia sebenarnya sudah menjadi open secret di kalangan penggiat industri hartanah. Saya pernah jumpa banyak kali kes-kes sebegini.

Ada yang berjaya dengan cemerlang, dapat manipulasi sistem dan leverage yang sangat-sangat-sangat-sangat besar dan luas.

Tapi tak kurang juga ada yang tersontot dengan cemerlang.

Sebenarnya, multiple submission bukan hanya dalam pembelian hartanah, malah ada juga dalam pembelian kenderaan dan personal loan.

Multiple submission ada teknik dan strategi dalam pelaburan hartanah. Ia semacam pisau, jika berada di tangan seorang chef yang pakar, ia akan menghasilkan makanan yang lazat.

Tapi jika berada di tangan seorang kanak-kanak yang belum akil baligh, ia akan mencederakan malah boleh membunuh.

Ini ialah pro dan kontra multiple submission:

PRO

  • Dapat manipulasi kelemahan sistem bank.
  • Dapat beli rumah lebih daripada kelayakan sebenar.
  • Dapat levarage OPM (others people’s money)

KONTRA

  • Apabila membeli rumah melebihi kelayakan sebenar bermakna ia juga di luar kemampuan sebenar kita.
  • Jumlah hutang tak mamadai kedudukan aliran tunai kita
  • Ansuran bulanan juga akan melebihi kemampuan sebenar pendapatan kita.

Akhir sekali, ia berdasarkan kemampuan dan kesediaan risiko diri sendiri.

Iklan sikit, boleh?

Promosi TERKEJUT Buku Bijak Merancang Wang dengan harga RM39 sahaja! Harga biasa RM49, tapi hari ini saya buat PROMOSI TERKEJUT RM39 sahaja (tak termasuk postage)

Klik
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/

*Ini adalah BUKU FIZIKAL, bukan ebook.
*Dalam pakej ini mengandungi

  • Naskah fizikal BUKU BIJAK MERANCANG WANG
  • Rakaman video Live Seminar BMW dengan durasi 5 jam
  • Ebook PKP (Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!), 100 halaman.
  • Sertai FB Group Bijak Merancang Wang
  • Peluang menjadi affiliate produk-produk BMW

*Harga tak termasuk penghantaran
*Penghantaran mengambil masa kira-kira 7 hari bekerja

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Elen Nia https://www.facebook.com/INFAQ.my/posts/pfbid036sDqRdkLLpLWbQ4iMcd4F2tdVGdUbbnYScEemP1puhmmcYavKLiKbVVjAefHrTvnl Nak berubah bukan senang…