fbpx

Aplikasi Muslim Pro Dimiliki dan Dibangunkan Oleh Non-Muslim – Menjawab Persoalan

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 254Words
  • 605Views

 

1. Tadi saya kongsi pengalaman uninstall aplikasi Muslim Pro dan install My Solat, atas semangat BMF. Rujuk artikel ini

2. Seperti dijangka, akan ada orang pertikaikan tindakan tersebut. Sama macam mana-mana tulisan saya berkenaan BMF. Antara komen diterima:

“Kena nak uninstall? Kenapa nak boikot?”

“FB pun milik orang Yahudi”

3. Jawapan malas: Suka hati aku la nak install atau uninstall. Takpa, saya bagi jawapan rajin.

4. Pertama sekali, tidak ada dalam mana-mana kamus di dunia menyatakan bahawa uninstall bermaksud boikot. Jadi, uninstall bukan bermakna boikot.

5. “Habis, kenapa tak uninstall FB?”. Jawapan malas: Suka hati aku la nak install atau uninstall. Takpa, saya bagi jawapan rajin.

6. Objektif saya install Muslim Pro dahulu ialah untuk mengetahui waktu solat. Kemudian saya uninstall dan install aplikasi lain yg lebih baik dan capai objektif mengetahui waktu solat, malah lebih tepat.

7. Manakala objektif saya install FB pula adalah untuk nettworking, marketing dsb. Jadi untuk uninstall FB buat masa sekarang, agak tidak praktikal. Manakala uninstall Muslim Pro, ada alternatif yang baik.

8. Perkara solat, Quran, kiblat adalah urusan berkaitan agama. Manakala nettwork, bisnes, marketing pula bukan urusan yang secara langsung dengan urusan agama. Itu menjadi penyebab utama kenapa saya tidak selesa menggunakan produk keluaran non Muslim sedangkan ada produk Muslim. Bayangkan kalau Quran dibuat oleh kilang orang bukan Islam?

9. So, nak install atau tak terpulanglah. Masing-masing ada justifikasi. Selagi mana tak langgar syariat dan undang-undang, lakukanlah. Tak uninstall tak dapat dosa pun. Kalau install My Solat dengan niat sokong produk Muslim, dapat pahala.

Tulisan ini bersambung di sini

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Disebabkan krisis Covid-19, terpaksa berpisah dengan suami yang bertugas sebagai…