fbpx

Aset Mudah Tunai Hadapi Kecemasan (Harian Metro, 13 Mac 2017)

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 581Words
  • 386Views

Ramai yang menjangkakan ekonomi negara akan lebih gawat tahun ini. Sebenarnya, jika dilihat sejak 2014 lagi sudah ada tanggapan sedemikian bagi 2015 manakala pada tahun berkenaan pula, ada juga jangkaan yang sama bagi 2016.

Nampaknya, skrip sama akan sentiasa berulang-ulang. Apa yang perlu kita dilakukan adalah jalan terus. Sebenarnya, masa terbaik untuk membuat persiapan ialah sebelum gawat, dan bukannya ketika gawat.

Kegawatan ekonomi bukan berlaku secara tiba-tiba, ia datang dengan pelbagai tanda dan amaran. Ketika zaman Nabi Yusuf, Allah memberikan tanda melalui mimpi Raja Mesir yang melihat tujuh lembu gemuk dimakan oleh tujuh lembu kurus.

Sebelum ini pun, kita sudah diberikan tanda-tanda awal sejak beberapa tahun lalu melalui kejatuhan nilai ringgit, harga komoditi, harga minyak serta pelabur asing menarik balik pelaburan masing-masing.

 

Kisah Nabi Yusof sebagai panduan

Persediaan menghadapi kegawatan bukan dibuat ketika gawat kerana itu sudah terlambat. Panduan yang Allah berikan ketika zaman Nabi Yusof masih praktikal hingga hari ini.

Ketika itu, Nabi Yusof mencadangkan disimpan separuh gandum yang dituai bersama tangkai. Hari ini, gantikan gandum dengan komoditi yang ada seperti simpanan, hartanah, emas, perak, saham serta unit amanah.

Dunia Bakal Kemarau Panjang 2019-2022 Bawa Petanda? – Dah Tau Ker?!

Bagi menghadapi zaman kemarau ini, beberapa tip boleh dilaksanakan seperti mempelbagaikan pegangan aset kerana kita tidak tahu aset mana yang akan naik atau turun. Jadi dengan strategi mempelbagaikan aset, jika ada yang jatuh, pasti ada yang naik.

Sebagai contoh, harga rumah naik manakala emas pula turun. Mana tahu, ketika emas naik balik nanti, maka harga rumah pula turun.

Jangan dilupa juga adalah aset kecemasan iaitu perlindungan takaful. Sebenarnya, jika kita bijak memilih, caruman takaful RM100 boleh mendapat liputan sehingga RM200,000 hingga RM300,000 bagi perlindungan takaful hayat.

Bayangkan perkara terburuk yang boleh terjadi ketika ekonomi meleset iaitu perbelanjaan meningkat dan kita pula hilang kerja. Dibuang atau diberhentikan kerja adalah situasi terburuk kerana keadaan berkenaan menyebabkan kita kehilangan pendapatan.

Bagi menghadapi situasi seperti ini, aset mudah tunai yang dimiliki menjadi begitu penting.

Bayangkan pula situasi kita kehilangan pendapatan akibat kematian, lumpuh dan sakit kritikal. Keadaan itu sebenarnya lebih teruk daripada kegawatan ekonomi.

Dalam situasi sebegini, persediaan yang paling ampuh ialah perlindungan takaful di mana polisi takaful dapat menyediakan aset segera yang tinggi dengan kos rendah. Dengan simpanan RM100 boleh menghasilkan RM15,000 dalam tempoh 10 tahun, tetapi RM100 dengan takaful mampu menyediakan RM200,000 dalam tempoh 24 jam jika berlaku kematian akibat kemalangan.

Saya menekankan mengenai takaful kerana di zaman ekonomi meleset, antara perkara yang mungkin terlintas di fikiran kita ialah membatalkan polisi takaful yang sebenarnya hanya mendedahkan kita kepada risiko lebih buruk.

 

Langkah-langkah yang boleh dilakukan

Jadi, antara langkah yang boleh dilakukan adalah mengeluarkan sebahagian nilai tunai, tetapi polisi tetap berjalan seperti biasa. Sebab itu, banyak kali saya tegaskan mengenai keperluan fokus kepada perlindungan dan bukannya simpanan atau perlindungan ketika melanggan takaful.

Anda boleh mengurangkan manfaat tidak perlu seperti manfaat haji, elaun hospital, hadiah bersalin, pengeluaran tunai setiap tiga tahun, tetapi fokus kepada manfaat utama dalam kategori malapetaka kewangan iaitu kematian, lumpuh, sakit kritikal, kemalangan selain kad perubatan.

Justeru, pegangan terhadap aset yang boleh dicairkan amat penting bagi menghadapi musim gawat dan aset yang paling mudah tunai seperti deposit tetap, Tabung Haji dan Amanah Saham Bumiputera (ASB).

Kekalkan dan jika ada lebihan, pindahkan ke dalam bentuk lain untuk dipelbagaikan. Anda juga boleh memberi perhatian kepada aset yang mengambil sedikit masa untuk dicairkan seperti emas, saham dan unit amanah.

Semua itu perlu dijual untuk mendapatkan tunai dan proses jual beli emas, saham dan unit amanah tidaklah terlalu rumit dan mengambil masa panjang seperti hartanah.

Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

Ikuti tips kewangan di https://t.me/AfyanIFP

 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Saya praktikkan ilmu yang diperolehi oleh Datuk Wira Ali Ameer…