fbpx

Atasi Musibah Sebelum ia Menimpa

  • 4 years ago
  • 1Minute
  • 154Words
  • 292Views

Dipetik dari FB Zainab Hussain

Islam menyuruh kita supaya merancang dan mencari jalan untuk mengatasi musibah atau sekurang-kurangnya bagaimana hendak meringankan bebanan terpaksa dipikul oleh ahli keluarga jika sesuatu musibah menimpa.

Rasulullah SAW turut mendidik umatnya supaya jangan membahayakan diri dan mencari musibah.

Malah, Baginda SAW menyuruh kita mencari jalan bagaimana hendak mengatasi musibah sebelum ia menimpa.

Benarlah, suatu kematian tidak dapat digantikan dengan wang ringgit, tetapi kecederaan tubuh badan pasti memerlukan rawatan dan kos yang tinggi.

Dalam hal ini, bekalan wang secukupnya sangat mustahak. Sekurang-kurangnya derita yang ditanggung menjadi lebih ringan.

Pada masa sama, penderitaan kita akan bertambah jika musibah yang menimpa itu membawa kemusnahan tempat tinggal dan kehilangan harta benda.

Kita perlu kepada sejumlah wang sebagai bekalan menghadapi sebarang kemungkinan.
Antara ikhtiar yang boleh dirancang dan diusahakan bagi mencapai matlamat itu ialah dengan cara mendapatkan perlindungan menerusi Sistem Takaful.

Zainab Hussain
INFAQ Consultancy
Kota Bharu, Kelantan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dalam memilih dana unit trust, prestasi dana menjadi rujukan kita…