Atomic Habits: Bagaimana habit terbentuk

  • Reading:4Minute:s
  • PostView Count:59Views

Atomic Habits: Bagaimana Habit terbentuk

Habit terbentuk melalaui pengalaman. Apabila sesuatu perbuatan dibiasakan dan kebiasaan itu berulang kali dilakukan, ia akhirnya akan menjadi tabiat atau habit

  • Tiada orang yang dilahirkan malas
  • Tiada orang dilahirkan lambat bangun pagi
  • Tiada orang dilahirkan tidak menepati janji
  • Tiada orang dilahirkan suka berhutang tapi culas bayar
  • Tiada orang dilahirkan tidak suka bersenam
  • Tidak ada orang dilahirkan berbelanja boros

Melainkan semuanya dibentuk pada kali pertama dan kemudian ia berulang dan berulang dan berulang sehingga menjadi kebiasaan dan akhirnya membentuk tabiat dan habit.

  • Tidak ada orang yang dilahirkan rajin
  • Tidak ada juga orang yang dilahirkan bangun awal pagi.
  • Tidak ada orang dilahirkan suka bersenam
  • Tidak ada orang dilahirkan suka menepati janji
  • Tidak ada orang dilahirkan berhemah dan berjimat dalam berbelanja

Melainkan semua dibentuk atau terbentuk melalaui pengalaman yang berulang dan kemudian menjadi satu tindakan automatik.

Dalam satu kajian yang dibuat ke atas sekumpulan kucing yang diletakkan di dalam sebuah kotak-kotak puzzle.

Dalam eksperimen ini, kotak-kotak puzzle itu dihubungkan melalui pintu yang akan terbuka apabila tuas ditekan. Apabila kucing dilepaskan ke dalam kotak puzzle, kucing yang terperangkap dalam kotak puzzle tadi akan mula mencakar, memanjat, menghidu, melompat dan menekan tuas.

Hanya apabila tuas ditekan, pintu akan terbuka untuk keluar dari satu kotak dan masuk ke kotak sebelah. Apabila masuk ke kotak baru, kucing-kucing tadi akan melakukan perkara sama tadi secara rawak – mencakar, memanjat, menghidu, menekan tuas. Hanya apabila tuas ditekan, barulah pintu akan terbuka untuk masuk ke kotak sebelah.

Maka ia berulang dari satu kotak ke satu kotak lain sehingga akhirnya kucing-kucing tadi dapat bebas keluar daripada kotak puzzle terakhir.

Ujian ini dilakukan berulang-ulang kali terhadap semua kucing dan menunjukkan bahawa paten yang sama.

Dalam setiap pusingan, kucing-kucing akan belajar cara untuk keluar daripada kotak puzzle tadi sehingga lama kelamaan tindakan kucing menekan tuas menjadi lebih pantas dan keluar dengan lebih cepat berbanding pusingan awal.

Dalam 3 pusingan pertama, kucing-kucing tadi mengambil masa kira-kira 1 minit setengah untuk melepasi kotak-kotak puzzle itu. Manakala dalam 3 pusingan terakhir, hanya memerlukan masa kurang daripada 10 saat untuk melalui proses yang sama!

Kajian ini berkaitan rapat dengan tingkah laku manusia dalam membentuk tabiat sama ada baik atau buruk atau tabiat yang neutral.

Contohnya ada orang yang setiap kali menghadapi stres atau penat bekerja dia akan tidur. Makin banyak kali dia stres atau penat bekerja, maka dia akan banyak tidur.

Ada pula individu lain yang mengalami situasi sama dengan cara bermain game. Makin banyak stres atau penat bekerja, makin banyak main game.

Individu lain pula yang menghadapi situasi sama akan makan untuk menghilang stres. Makin banyak dia hadapi stres atau penat bekerja, makin banyak dia makan.

Ataupun minta ada orang yang menghadapi stres dan penat bekerja, dengan cara membaca Quran. Insafff…

Semua perkara ini terbentuk dan dibentuk dari hari ke hari sebelum akhirnya ia menjadi habit.

Sebelum sesuatu perbuatan menjadi habit, ia dalam keadaan tidak selesa, janggal, dan tidak betah.

Ketika kali pertama menghadapi sesuatu situasi baru, otak kita akan banyak berfikir dan mencari informasi untuk menyesuaikan diri. Apabila ia berulang untuk kali kedua, ketiga, otak kita sudah sudah ada sedikit informasi dan tidak lagi bekerja keras sebagaimana kali pertama tadi. Selepas ia berulang-ulang, maka respon diri kita akan menjadi automatik dan ketika itulah habit mulai terbentuk. Apabila ia berlaku secara automatik, di situlah habit bermula
Berdasarkan buku ATOMIC HABITS, tabiat dan kebiasaan ini terbentuk melalui 4 langkah, iaitu

1. Cue
2. Craving
3. Respons
4. Reward

Setiap tabiat yang terbentuk akan bermula dengan 4 langkah ini yang juga dipanggil sebagai “the habit loop” atau kitaran saya boleh terjemahkan sebagai kitaran tabiat yang tidak terbatas. Dah macam tajuk babak dalam komik Pedang Setiawan

InsyaAllah saya akan sambung tulisan di atas jika ada ramai yang berminat.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku Bijak Merancang Wang
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuBMW.com

Previous Post
Next Post

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

Recommended
https://www.facebook.com/hasrizalabduljamil/posts/pfbid0G5wVVx41UXcFGr2B2sEAB1Q5HEQ8BqrUsmMZmNkjKSPj6GhsZL3wWkTxoA5sEo7ml AKHIRNYA, INI KEBURUKAN SISTEM PENDIDIKAN FINLAND. Saya mula menulis…