fbpx

Bad Marketing, Still A Marketing

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 285Words
  • 411Views

Ramai yang kongsi gambar poster ini.

Ada yang sentap, ada yang sindir, ada yang kecam, ada yang troll balik. Termasuk saya 😅

Apapun, matlamat beliau untuk marketing telah berjaya. Bad marketing, still a marketing.

Perasan tak, bukan kali pertama beliau kena kecam sebegini? Sejak dari awal kemunculan dengan Seminar Rahsia Tarikh Lahir pada 10 tahun lepas, dengan kontraversi Phd ikat tepi, dikatakan jual Seminar Air Liur dengan harga riban-riban, hingga kini tahun 2020, ada sahaja yang kecam.

Dan setiap kali kena kecam, setiap kali itu juga popularitinya meningkat.

Dalam masa sama, memang ada pun yang berjaya mengubah kehidupan dan perniagaan mereka selepas hadiri program seminar-seminar beliau.

Walaupun yang tak berjaya pun ramai juga, namun bab ini kita perlu adil.

Saya secara personal memang kenal beberapa individu yang berjaya selepas menjadi anak murid beliau. Mungkin ada yang kata anak muridnya pun jual air liur macam beliau, tapi sebenarnya tidak semua.

Ada yang berniaga restoran, ada yang berniaga kek, ada yang berniaga mi, ada yang berniaga bengkel. Pendek kata banyak juga kejayaan anak murid yang buat bisnes selain bisnes seminar dan training.

Testimonial daripada anak murid beliau menjadi bahan marketing untuk tarik peserta baru.

Dan dia berjaya menjadikan dirinya sentiasa relevan sehingga pernah ada menteri yang ambil kesempatan crowd program beliau utk highlight seolah-olah program anjuran kementerian.

Beliau berjaya buktikan bahawa beliau memang mentor pemasaran.

Walaupun orang tuduh dia berniaga air liur, ternyata air liur beliau memang laris. Hahahah!

Oh ya, utk makluman saya bukan nak promote di sangat pun. Saya sendiri dah kena blok dari FB Azizan Osman sebab pernah tanya soalan sindiran. Baca tulisan saya di sini

KOMEN | LIKE | SHARE | FOLLOW Afyan Mat Rawi
Join Telegram Channel utk ilmu kewangan PERCUMA

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Zahiruddin Juatin Dalam hidup kita ini terdapat…