fbpx

Bagaimana Takaful Membantu Membayar Hutang Si Mati

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 309Words
  • 433Views

Salah satu fungsi takaful ialah untuk membayar hutang, tapi bukan melalui “hibah takaful”.

Hibah takaful mungkin tidak berfungsi untuk melangsaikan hutang sekiranya berlaku kematian.

Analogi mudah begini;

“Aaron (bukan nama sebenar) berikan hadiah RM10,000 kepada Emma (bukan nama sebenar). Kemudian Aaron meminta Emma menggunakan wang RM10,000 itu untuk membayar hutang peribadinya dengan bank.”

Nampak tak betapa janggal situasi di atas?

Hibah bermaksud hadiah atau pemberian.

Apabila Aaron sudah berikan / hadiahkan / hibahkan RM10,000 tadi kepada Emma, maka wang RM10,000 tadi sudah menjadi milik Emma.

Maka suka hati Emma hendak buat apa terhadap wang tersebut.

Ia bukan lagi urusan Aaron. Apatah lagi Aaron hendak meminta Emma bayarkan hutangnya!

Tukar situasi di atas kepada “hibah takaful”.

Banyak situasi, suami menamakan nama isteri sebagai penerima hibah dan meninggalkan pesanan agar si isteri melangsaikan hutangnya jika meninggal dunia.

Nampak janggal di situ.

Apabila suami meninggal dunia, isteri yang menerima hibah tiada kewajiban syarie untuk membayar hutang arwah suami.

Fokus utama isteri ialah untuk menjaga kebajikan diri sendiri sebagai balu bersama anak-anak yang baru sahaja kehilangan ayah tadi.

Hibah takaful sangat membantu kehidupan balu yang baru kehilangan suami tadi untuk teruskan kehidupan bersama anak-anak.

Tapi bukan untuk langsaikan hutang arwah suami. Jika wang pampasan hibah takaful tadi digunakan untuk membayar hutang, kemungkinan baki untuk si isteri akan berkurangan malah mungkin habis terus.

Jadi, untuk tujuan melangsaikan hutang melalui takaful, ada beberapa alternatif lain yang lebih baik.

1. Tak perlu pun letakkan nama isteri sebagai penerima hibah. Letak sebagai penama biasa sudah memadai.

2. Boleh juga buat surat ikatan amanah atau trust deeds untuk memberi arahan kepada syarikat amanah atau waris untuk membayar hutang.

3. Buat serahan hak mutlak atau absolute assignment polisi takaful kepada pemiutang.

4. Buat polisi yang berbeza untuk tujuan hibah dan untuk tujuan bayar hutang.

Ikuti FB Afyan Mat Rawi dan klik see first untuk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan.

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Perkongsian oleh Tn Norajian Kamarudin mengenai training team INFAQ setiap Rabu. sessi…