fbpx

Bangsa anti bank Islam akan sentap dengan kenyataan ini

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 272Words
  • 981Views

Dipetik dari FB Ashraf Latīf

Rangkuman isu riba dalam perbankan.

1. Semua setuju riba itu haram,sama ada ia menzalimi atau tidak menzalimi. ‘Rasa’ zalim, tidak semestinya riba.

2. Perselisihan adalah pada isu ‘menyerupai riba’. Falsafah sistem perbankan Islam moden, sama sahaja dengan sistem perbankan konvensional. Hutang lebih banyak dari duit yang diperoleh. Inilah asas bisnes, pulangan mestilah lebih banyak dari modal. Barulah untung. Bank ni entiti perniagaan, bukan rumah kebajikan 🤭

3. Perbankan Islam ada cop halal. Pengguna akhir tak wajib usul, sebagaimana kita berinteraksi dengan cop halal JAKIM.

Pelik bin ajaib bila ada orang yang bangga guna perbankan konvensional sebab ‘tidak hipokrit’ walaupun tahu ia haram, berbanding menggunakan bank islami yang katanya ‘bersandiwara’. Eh letak harga akad jualan dan berikan rebat pun sandiwarakah?

4. Pengurusan hutang adalah topik universal. Hutang haram (konvensional) atau hutang halal, tetap perlu diurus dengan baik.

Consumption debt (hutang penggunaan) walaupun secara qardulhasan, tetap saja boleh membawa kepada tidak menepati maqasid syariah. Hutang dengan A, untuk bayar hutang B. Kemudian hutang dengan C untuk bayar hutang A. Gali lubang tutup lubang.

Lama dulu saya pernah tulis, krisis hutang sub-prime yang pernah terjadi di Amareka boleh sahaja terjadi dalam suasana ‘perbankan Islam’.

##

Hutang ni adalah ibarat seketul daging yang kalau tak kena cara handle, akan jadi daging busuk. Masa awal disbursement semua hepi sebab masih fresh.

Tapi pengakhirannya akan berbalik kepada diri sendiri juga. Mahu makan daging busuk yang halal atau daging busuk yang haram.

Disclaimer: Saya tak kerja bank, jadi tiada kepentingan untuk defend bank.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Elen Nia https://www.facebook.com/elennia.elennia/posts/pfbid02zKEeq1HGsFdSJSTmfkCybWrNbUuKwERSTzR1VZreGsmmoGEHGMqzxV9XPjzbpmUil LELAKI YANG SALAH Lelaki…