fbpx

Bank bukan badan kebajikan tapi sebuah institusi perniagaan

  • 1 year ago
  • 3Minutes
  • 584Words
  • 234Views

Saya sangat setuju posting ini, terus teringat satu pepatah yang berbunyi

“A banker lends you an umbrella when the sun is shining and wants it back when it rains”

Bank memberi kita payung ketika hari cerah, tapi mengambilnya kembali apabila hujan.

Maksudnya apa?

Maksudnya ialah bank membantu kita sewaktu kita senang, tapi tidak ketika hari hujan.

Ini yang ramai sangat orang marah dekat bank. Hakikat yang sepatutnya kita terima ialah bank adalah institusi bisnes. Bank bukan badan kebajikan.

Kalau nak dapatkan bantuan, janganlah pergi ke bank. Pergilah ke pusat zakat atau baitulmal.

Tapi jangan la expect pusat zakat bagi duit free riban-riban setiap bulan. Jangan la harap nak beli kereta bangsa H atau nak beli rumah kondo dengan bantuan pusat zakat dan baibaitulmal.

Jadi, ada yang kata “terpaksa” guna bank.

Betul ke terpaksa? Ada je banyak alternatif lain.

1. Boleh je menyewa rumah. Tak hina pun menyewa. Orang kaya banyak duit pun ramai yang masih menyewa.

2. Boleh juga beli secara tunai. Kalau tak mampu, buat cara yak mampu. Beli kereta second hand pun ok. Kalau bajet ansuran kereta bangsa H tu 800 sebulan, jumlah yang sama simpan 5 tahun dah boleh beli kereta second hand.

3. Nak berhutang juga? Pinjam la dengan mak ayah, adik-beradik, saudara-mara, jiran-jiran, sepupu-sepapat dan sebagainya. Kalau sorang boleh bagi pinjam 1k, ada 50 orang dah boleh dapat 50k.

Hidup adalah apa yang kita pilih. Setiap pilihan ada pro n con.

Jadikan hutang bank ini sebagai pilihan terakhir. Bank ditubuhkan bukan dengan matlamat asal memberi kebajikan. Sama juga kalau ada orang lain berniaga – dropship, jadi ejen, buka restoran dsb – matmalat utama adalah untuk menjana keuntungan.

So, kalau nak minta “bantuan” daripada bank, kena la ikut apa yang bank tetapkan.

Apa yang bank tawarkan, ada dalam offer letter dan akan jadi kontrak apabila kita tandatangan.

Janganlah pula, masa nak dapat “bantuan”, macam-macam kita buat. Lepas dapat “bantuan”, buat-buat lupa kontrak yang kita tandatangani.

Yang pelik tentang bank ni, mereka tak pernah paksa sesiapa pun untuk jadi pelanggan.

Bank hanya bagi “bantuan” kepada yang layak sahaja iaitu berkeupayaan mampu bayar balik hutang. Tambah pelik, ada yang sanggup “tipu” bank dengan harga cara tipu slip gaji hanya untuk mengaburi mata bank supaya bank permohonan diluluskan.

Tambah-tambah pelik lagi, lepas terperangkap dengan hutang, boleh pula meroyan:

  • “Bank penipu”
  • “Islamix beng ni riba”
  • “Beng Islamix lagi teruk drp konvensional”
  • “Ulamark beng talibarut Rostchild”
  • “Semua agenda Freeshiping”
  • “Wang kertas adalah fake money”.

Masa berhutang tak fikir pula semua ni 🤔 Tak semua la. Ada segelintir…

Masa sign agreement bank, tak fikir semua tu. Lepas beberapa berhutang dan didapati baki pokok tak berkurangan, terus jadi pakar muamalat 🤣

Prinsip saya mudah je. Bank ni ibarat singa. Sebaiknya kita lari la daripada bank. Jika kita dekat, memang kena ngap. Jika tidak mahu kena terkam, jangan berani-berani mendekatinya.

Memaki hamun singa tak menjadikan ia semakin jinak. Lebih baik kita belajar ilmu menjinakkan singa. Boleh juga digunakan untuk sarkis.

Pastikan singa kenyang dan kita pula boleh bergembira.

Sekalipun dah jinakkan singa kita tetap kena hati-hati dan pastikan sentiasa cukup makan. Jangan biar ia lapar sebab ia akan makan kita balik.

Errr.. Faham ke faham?

Nak belajar jinakkan “singa”? Belajar ilmu-ilmu kewangan.

Klik
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/
Bukubmw.com/

*Ini adalah BUKU FIZIKAL, bukan ebook.
*Dalam pakej ini mengandungi

  • Naskah fizikal BUKU BIJAK MERANCANG WANG
  • Rakaman video Live Seminar BMW dengan durasi 5 jam
  • Ebook PKP (Poket Kian Pokai? Poket Kena Penuh!), 100 halaman.
  • Sertai FB Group Bijak Merancang Wang
  • Peluang menjadi affiliate produk-produk BMW

*Harga tak termasuk penghantaran
*Penghantaran mengambil masa kira-kira 7 hari bekerja

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Teringat masa kecik dulu iklan Aminah Hassan ini dengan penuh…