fbpx

Beberapa Bulan Lagi Menjelang 2020

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 285Words
  • 292Views

Dua, tiga bulan lagi menjelang 2020.

Dulu-dulu, kalau nak buka akuan bank, kena pergi ke cawangan bank. Kemudian, kalau nak keluar duit, nak transfer duit, nak apply loan, nak cek baki akaun – kena datang ke cawangan bank dan berurusan di kaunter.

Kemudian sampai satu masa, mesin ATM diperkenalkan. Ia memudahkan beberapa utama; keluar duit, transfer duit, semak baki akaun, bayaran ansuran dan lain-lain.

Selepas itu beberapa mesin turut diperkenalkan seperti mesin deposit cek, mesin deposit tunai.

Beransur-ansur sedikit sebanyak peranan kaunter dipindahkan kepada mesin.

Waktu itu, peranan cawangan bank masih relevan. Buka akaun, apply loan, masih perlukan perantara di kaunter.

Tidak lama selepas itu, masuk zaman perbankan internet. Fungsi semak baki akaun, transfer duit, bayaran ansuran bank mula diambil alih oleh perbankan internet.

Perbankan Internet pula ada beberapa peringkat. Mula-mula dulu kena login pakai komputer atau PC. Sekarang, pakai smartphone.

Fungsi cawangan bank makin lama sudah makin berkurangan. Diambil alih oleh perbankan internet secara beransur-ansur.

Cawangan-cawangan bank pun sudah banyak ditutup sejak beberapa tahun lalu. Malah pekerja-pekerja bank pun sudah banyak diberhentikan sama ada secara sukarela atau dipaksa.

Inilah dia revolusi dalam industri perbankan.

 

Kita berada di era revolusi industri ke-4 yang dipanggil sebagai zaman segalanya Internet atau internet of things (IOT).

Kalau dulu kena login pakai username dan password. Sekarang boleh login pakai thumb print atau guna face recognition sahaja.

Mungkin akan datang, nak login pakai niat sahaja. Manakah tahu?

Kepantasan menjadi penentu dan pilihan pasaran. Semakin banyak fungsi manusia sudah diganti dengan mesin dan internet.

Apa yang berlaku dalam industri kewangan memberi kesan kepada industri-industri berkaitan seperti takaful dan pelaburan.

Nak tak nak, kita kena bergerak seiring dengan zaman.

Beberapa bulan lagi nak sampai tahun 2020.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
PERHATIAN buat para WANITA terutamanya kaum ISTERI. Saya ada satu…