fbpx

Belanja Sekadar Kemampuan

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 296Words
  • 342Views

Dipetik dari FB Zahiruddin Juatin

 

BERBELANJA SEKADAR KEPERLUAN?

Pakar atau perunding kewangan biasa memberikan nasihat dan peringatan kepada orang awam supaya mengamalkan perbelanjaan sekadar keperluan.

Bila saya sendiri belajar dan mencari sebab mereka menyarankan perkara ini, maka akhirnya saya dapat menyimpulkannya seperti berikut :

 

1. Menyimpan lebih banyak

Bayangkan jika pendapatan kita RM1500 dan kita hanya memperuntukkan sekitar RM1300 sahaja perbelanjaan setiap bulan, maka kita mampu menyimpan RM 2400 setelah setahun.

Tapi jika pendapatan kita RM5000 dan berbelanja sehingga habis RM5000 tersebut maka setelah 12 bulan, tiada simpanan pun yang mampu dihasilkan sedangkan jika berbelanja secara berhemah mungkin boleh menyimpan hingga RM 1000 sebulan.

 

2. Banyak Aset

Selain daripada itu, mereka yang berbelanja di bawah kemampuan sebenarnya mampu memperoleh aset yang lebih banyak.

Andaikan gaji RM 3000, tapi kita berbelanja hanya RM 1800 hingga RM 2000, maka kita boleh menyimpan hingga RM 1000 dan selepas setahun simpanan boleh mencecah RM 10000 hingga RM 15000.

Selepas setahun sudah mampu mencari hartanah seperti tanah, deposit rumah atau mungkin boleh melabur di mana-mana sumber yang sepatutnya.

 

3. Tiada hutang

Bila sebut hutang, kita boleh kategorikan hutang kepada dua bahagian iaitu hutang baik dan hutang jahat.

Bila berbelanja di bawah kemampuan, kita dapat mengelakkan diri daripada menambah hutang jahat yang bukan keperluan.

Tidak perlu berhutang untuk melancong, membeli telefon baru atau barangan berjenama untuk dilihat kaya sedangkan semuanya akibat berhutang.

Jadi, sebenarnya untuk bebas kewangan adalah atas pilihan sendiri.

Terpulang kepada kita sama ada ingin berjaya awal atau lambat.

Jadi bermulalah sekarang kerana tiada istilah terlambat selagi kita ada kemahuan untuk mencapai matlamat yang diinginkan.

Orang yang berjaya adalah orang yang bertindak, bukannya sekadar melihat.

Semoga bermanfaat buat semua pembaca.

Perunding kawangan dan takaful anda.

Follow dan Set See First untuk tips kewangan dan kehidupan seterusnya.

Zahiruddin Juatin
INFAQ Consultancy
Ranau, Sabah

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Ramai yang kongsi gambar poster ini. Ada yang sentap, ada…