fbpx

Berani Ambil Peluang Krisis Ekonomi

  • 6 years ago
  • 2Minutes
  • 309Words
  • 282Views

Saham ekuiti – jatuh.
Unit trust – jatuh.
Rumah tak terjual – banyak.

Apabila berlaku krisis ekonomi, ramai yang keluarkan dan jual pelaburan mereka untuk ditukar kepada tunai atau instrumen yang lebih selamat.

Itu yang terjadi hari ini.

Tapi bagi pelabur yang berpengalaman, mereka tak perlu terburu-buru lakukannya. Hanya yang kurang berpengalaman sahaja yang panik dan bertindak “terbulu-bulu”.

Krisis bermaksud peluang. Peluang untuk merebut pelaburan dengan kos yang rendah.

Tidak kira apa jenis pelaburan, sama ada saham, hartanah, emas mahupun saham amanah.

Pelabur amatur – panik.

Pelabur berpengalaman – nampak peluang.

Teori “buy low, sell high” hanya tinggal teori. Tak ramai yang berani mengambil tindakan.

Bagi pelabur yang berpengalaman, yang sudah melihat beberapa kali kitaran ekonomi, mereka bersedia menghadapi situasi krisis yang berlaku dan bakal berlaku.

Ia kitaran fitrah. Zaman Nabi Yusof dahulu pun pernah berlaku; 7 tahun musim subur diikuti 7 tahun musim kemarau.

Kitaran musim subur dan musim kemarau ini sentiasa berlaku.

Dua yang terakhir ialah pada 2007-2008 (krisis sub-prima) dan sebelum itu 1999-2000 ketika krisis mata wang Asia.

Dan sekarang ia sedang berlaku (lagi)

Ia bukan berlaku secara tiba-tiba. Petunjuk-petunjuk sudah ada sebelum ini. Harga petrol jatuh. Ringgit Malaysia jatuh. Rumah tidak terjual bertambah. Syarikat-syarikat gergasi banyak ditutup.

Apa yang berlaku hari ini ialah rentetan apa yang berlaku tahun lepas dan tahun-tahun lepas.

Sekarang sudah betul-betul di bawah atau “bottom” atau semakin pulih? Wallahua’lam. Ia hanya diketahui selepas tamat kitaran ini dan ketika itu ia hanya tinggal sejarah.

Berdasarkan banyak analisa, paling lambat krisis ini akan berlarutan ke tahun 2019 sebelum ia kembali pulih pada 2020. Wallahua’lam.

Yang penting, sentiasa bersedia. Persediaan ilmu paling utama. Diikuti persediaan material sebagai modal untuk survive dan modal untuk menambah pelaburan.

Tak bersedia? Tidak mengapa. Ambil pengajaran.

Jadikan kitaran kali ini sebagai pengajaran untuk menghadapi kitaran seterusnya dalam 10 tahun berikutnya yang pasti berlaku lagi.

Bersediakah kita?

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Ayah, janganlah pergi", rengek Zulaikha teresak-esak. "Aika, biarlah ayah pergi.…