fbpx

Berapakah Bajet Majlis Perkahwinan Hari Ini?

  • 5 years ago
  • 3Minutes
  • 412Words
  • 358Views

58 tahun sebelum statistik “Penceraian Di Malaysia” (rujuk gambar pertama) ini dikeluarkan, P. Ramlee pernah melontarkan mesej ini secara sinis melalui filem Seniman Bujang Lapok.

Masih ingat babak itu? Rujuk gambar dibawah.

Babak: Pergaduhan jiran Si Bujang Lapok

“Ini semua mak bapak kau yang punya salah. Waktu aku mahu kahwin sama kau, mak bapak kau minta sampai RM5,000. Aku tidak ada wang. Aku pinjam sama benggali.

Sekarang kita sudah ada 3 orang anak, tapi hutang benggali pun belum habis-habis bayar. Kau tau, bunga makin naik? Mak bapak kau yang salah”, kata sang suami sambil menunjukkan 3 orang anak-anak mereka yang sedang tidur.

“Kalau mak bapak aku minta RM5,000, kenapa mak bapak kau terima???”, tanya sang isteri pula dengan garangnya sambil bercekak pinggang.

“Sebab kau berjanji hendak sehidup semati dengan aku. Sebab itu aku terima. Kalau aku tahu engkau hendak minta cerai begini, aku tak ingin kahwin sama kau!”, bentak sang suami.

“Huh!!!”, balas si isteri sambil memalingkan mukanya dari arah suami dengan bibir yang muncung.

Tamat babak tersebut.

RM5,000 jika di nisbahkan kepada zaman sekarang selepas inflasi dan peningkatan kos sara hidup 4%, ia sekurang-kurangnya bersamaan dengan RM50,000!

Jika kiraan dengan kadar inflasi 6%, ia boleh mencecah ke RM150,000!!!

Sekalipun filem tersebut pada tahun 1960-an, ia masih relevan sehingga sekarang.

Berapakah bajet majlis perkahwinan hari ini?

Pengalaman saya mengendalikan program-program perancangan kewangan, para peserta meletakkan jumlah minimum untuk mengadakan kenduri perkahwinan adalah antara RM15,000 hingga RM20,000, malah ada yang mencecah RM50,000 ke RM100,000!

Wow!!!!

Ia termasuk

  • kos kenduri yang mencecah RM10,000 – RM20,000,
  • kos fotografi sekitar RM1,000 hingga RM2,000,
  • kos mak andam sekitar RM1,000,
  • kos kad kahwin RM500,
  • kos kanopi RM500-RM2000,
  • kos cincin hantaran,
  • kos barang hantaran,
  • kos baju pengantin,
  • dan pelbagai kos lagi.

Secara umumnya, ia sudah menjadi budaya dalam masyarakat kita untuk bermewah-mewah dalam majlis perkahwinan. Sedar tak sedar, budaya ini sudah mengakar dalam masyarakat kita sekian lama, dan sebenarnya membawa lebih banyak keburukan berbanding kebaikan.

Ia sudah menjadi perkara biasa dalam masyarakat apabila terpaksa memohon pinjaman peribadi untuk melangsungkan perkahwinan, walhal ada perkara yang lebih besar daripada itu.

Berkahwin bukan sekadar untuk mengadakan majlis besar-besaran, ia adalah untuk membina sebuah rumah tangga dan keluarga. Dalam kewangan juga, ada perkara yang lebih penting daripada membiayai kos majlis perkahwinan, yang majlisnya hanya sehari.

Ya, hanya sehari majlis kenduri perkahwinan atau paling lama mungkin dua atau tiga hari, dan jika dikenang orang pun paling lama mungkin seminggu atau sebulan, kerana selepas itu ada majlis perkahwinan yang lebih gilang-gemilang!

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi
INFAQ Consultancy

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Jutawan Felda Dua tiga hari ini kecoh pasal isu Felda.…