fbpx

Berhati-hati Dengan Pelaburan Yang Sedang Trending

  • 3 years ago
  • 4Minutes
  • 603Words
  • 345Views

Apa yang ditulis oleh Dato’ Hj Nik Hasyudeen seolah-olah menyampaikan dengan lebih tepat apa yang terbuku di hati dan posting-posting ringkas saya berkenaan isu ini.

Sekarang musim orang ramai berpusu-pusu ke pasaran saham. Sehinggakan KLCI mencatatkan nilai dagangan tertinggi dalam sejarah, seminggu dua lepas.

Ia mirip situasi yang pernah kita saksikan ketika musim pelaburan emas, hartanah, Bitcoin dan sebagainya.

Berhati-hati dengan pelaburan yang sedang trending.

Dalam banyak keadaan, terutama wang, tindakan majoriti orang adalah kurang tepat. Bukan pelaburan itu yang kurang tepat, tapi tindakan yang kurang tepat.

Contoh, ketika harga Bitcoin naik, ramai berebut beli Bitcoin. Lepas harga jatuh, semua pakat takut dan jual balik. Lepas naik balik, menyesal jual.

Ketika harga emas naik, ramai beli emas. Masa harga turun, ramai pula yang cuak. Pakat takut nak beli. Lepas tu masa emas naik, menyesal tak beli masa harga jatuh tahun lepas.

Masa harga hartanah naik, ramai pakat beli sebab takut naik lagi. Ada pula yang galakkan beli banyak rumah sekaligus dan buat multiple submission, tanpa semak kemampuan sebenar kewangan. Lepas beli baru menyesal sebab ada banyak “bleading” dan kemudian tersontot di pintu rumah.

Sekarang musim saham. Baru-baru ini ramai yang dapat keuntungan segera dalam saham apabila berjaya buat untung dalam pasaran saham.

Ia adalah berita benar.

Ada yang memang sudah lama atur startegi dan ada yang bernasib baik melabur dan exit pada waktu yang sesuai.

Tapi ia tak lama. Sebulan dua ini market jatuh balik. Memang market sekarang sangat volatile. Sebenarnya bukan sekarang sahaja. Selama ini pun begitulah.

Volatile, kalau ikut terjemahan Google translate ialah “tidak menentu”. Mudah kata macam roller coster, naik turun. Makin tinggi volatality, makin cepat kadar naik turun dia.

Dengar kata ramai yang “terciduk” sebab beli masa harga tengah di puncak baru-baru ini.

Ada beberapa perkara yang saya nak pesan kepada rakan-rakan yang membaca tulisan ini dan yang baru berjinak-jinak dengan pasaran saham.

1. PERTAMA,

Mulakan dengan 3 perkara.
1. Ilmu
2. Pengetahuan
3. Knowledge

2. KEDUA,

Berhati-hati dalam mencari ilmu. Silap pilih guru / mentor / sifu, merana kehidupan dan kewangan.

Semak latar belakang guru / mentor / sifu yang dipilih, buat due diligance dan dapatkan pandangan kedua tentang guru / mentor / sifu yang kita pilih.

3. KETIGA,

Labur dengan wang lebihan, bukan dengan wang simpanan kecemasan dan wang yang kita nak guna hari-hari.

Supaya kita dapat melabur dengan tenang dan tenteram tanpa diganggu oleh emosi yang tak stabil. Macam orang naik roller coster tapi ada sakit jantung. Boleh mati wooo…

4. KEEMPAT,

Bersedia untuk rugi. Tak bersedia kaluuuu, tak payah mimpilah nak masuk dan nak untung.

Sehebat mana guru / mentor / sifu anda, mereka tak ada mesin masa untuk melihat masa depan. Sehebat mana teknik dan strategi pelaburan yang ada, takkan mampu meramal naik turun pasaran.

Pelabur terhebat bertaraf dunia, Warren Buffet pun rugi bilion dollar. Kita pelabur bilis pun kena ready untuk rugi riban-riban. Tak bersedia? Rujuk balik tip No 1.

5. KE-5

Jangan tamak. Ia ada kaitan dengan No 3 dan 4.

Dah belajar exit startegy, exit ikut plan asal. Jangan takut untuk “exit” ketika sasaran untung dah sampai dan jangan takut untuk “cut loss” kalau dah sampai masanya.

Saya akhiri dengan pantun 2 kerat;
“Sabar itu subur.
Tak sabar masuk kubur”.

6. KE-6

Pastikan pilih kaunter patuh syariah. Ini patutnya no 1. Tapi takut orang lupa lepas baca, jadi saya letak last supaya tak mudah lupa.

Ada 70% kaunter syariah di Malaysia, kenapa nak pilih kaunter yang tak patuh syariah?

Bayangkan, dah la labur di kaunter tak syariah, kemudian rugi pula? Tersontot di dunia, dan tersontot di akhirat.

Afyan Mat Rawi, IFP
Bukan sifu saham.

Boleh follow dan klik see first FB saya utk lagi tip-tip kewangan secara PERCUMA. Jika ada bajet sikit, boleh dapatkan ilmu kewangan secara bermodul di WorkbookBMW

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Rumah di Jepun turun harga. Nak beli? Dipetik dari FB…