fbpx

Berhijrah ke simpanan syariah KWSP: Perjuangan yang masih berterusan

  • 11 months ago
  • 1Minute
  • 186Words
  • 138Views

Beza dosa vs pahala, halal vs haram hanyalah 0.6%

Dividen KWSP sudah diumumkan. Seperti biasa, dividen yang patuh syariah lebih rendah daripada yang tidak patuh syariah.

Simpanan syariah KWSP bermula sejak tahun 2017, tapi usaha ke arah itu sudah memakan masa bertahun-tahun sebelum itu.

Saya mendapat makluman daripada seorang penasihat syariah yang terlibat dalam usaha patuh syariah KWSP, kuota yabg disediakan memang tak cukup jika semua orang Islam yg mencarum untuk berhijrah.

Saya masih ingat lagi pada hari pertama ia diperkenalkan, berpusu-pusu manusia memenuhi pejabat-pejabat cawangan KWSP seluruh Malaysia.

Masa itu saya terdetik, “Habislah siapa yang lambat. Tentu tak sempat nak berhijrah”.

Namun, sayangnya selepas 7 tahun ia diperkenalkan, masih belum penuh lagi. Bermakna masih ramai umat Islam yang bergelumang dengan riba di KWSP.

Jika orang bukan Islam tidak bertukar, saya tak hairan. Perkara ini menunjukkan kadar kesedaran kewangan patuh syariah di Malaysia masih rendah. Itu belum kira lagi insurnas konvensional.

Jika ada rakan-rakan followers saya yg masih belum berhijrah ke akaun KWSP patuh syariah, lakukan segera sebelum meninggal dunia.

Boleh dilakukan secara online atau hadir ke kaunter KWSP, dan 5 minit selesai.

Sumber dari FB Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Tags:

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Benda baik kita sokong, tidak kira daripada siapa. Isu perumahan…