fbpx

Beri Pelanggan Lebih Daripad Sepatutnya…

  • 9 years ago
  • 2Minutes
  • 270Words
  • 307Views

Saya pernah ke sebuah bengkel berdekatan dengan tempat tinggal saya. Sebenarnya bengkel tersebut adalah bengkel yang baru dibuka berdekatan dengan tempat tinggal saya. Ia menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan kereta dan menjual tayar sekali gus. Memandangkan jarang bengkel dibuka oleh golongan bumiputera di kota raya ini, maka dengan penuh semangat patriotik saya ke bengkel tersebut bagi menunjukkan sokongan saya terhadap golongan peniaga bumiputera.
Pada kali pertama saya datang saya disambut dengan mesra sekali oleh pekerja di situ, sekalipun dengan pakaian yang comot. Eh, bukankah saya telah beritahu tadi yang ini sebuah bengkel, jadi usah pertikai tentang pakaian yang comot itu kerana ia sememangnya pakaian rasmi mana-mana bengkel, hatta di New Zealand, negara terbersih.
🙂

Saya ke sana hanya untuk menukar minyak enjin, penapis enjin dan penapis udara. Namun, setelah pulang daripada bengkel tersebut, saya rasa seolah-olah saya baru pulang daripada menghadiri kursus penyelenggaraan kereta secara efektif! Tahukah anda apa yang telah berlaku di bengkel tersebut. Sebaik sahaja bonet enjin kereta saya dibuka, pekerja tersebut menceritakan daripada awal sehingga akhir tentang komponen-komponen di dalam enjin kereta tersebut, daripada karburetor, kipas enjin, bateri, tong penghawa dingin dan entah seribu satu macam perkataan yang saya tidak pernah dengar.
Beliau juga tidak keberatan menceritakan kelebihan dan kekurangan jenis-jenis minyak enjin yang ada di pasaran. Malah menawarkan minyak enjin yang berkualiti dengan harga yang berpatutan. Dia turut menerangkan cara-cara penjagaan kereta yang dapat menjimatkan kos seperti bagaimana untuk menjimatkan penggunaan bahan bakar, cara-cara mengelakkan tayar kereta daripada cepat haus, memilih tinted cermin yang bagus, malah cara-cara mendapatkan tuntutan daripada syarikat insurans apabila berlaku kemalangan.

Tentu anda tahu, di mana saya akan menyelenggarakan enjin kereta saya lagi selepas itu?

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

2 Comments
  1. Avatar
  2. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
“Eh, sebelum ini anda menerangkan kepada kami supaya berpada-pada dalam…