fbpx

Berkenaan Pelaburan Forex

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 337Words
  • 411Views

KUALA LUMPUR, 30 Jan – Orang ramai perlu berwaspada dan tidak terlalu ghairah melabur dalam perdagangan pertukaran mata wang asing atau forex dalam talian, kata Perunding Kewangan , Afyan Mat Rawi.

Jelas Afyan ketika dihubungi Bernama TV, pelaburan perdagangan forex dalam talian jelas mempunyai unsur ketidaktentuan selain tidak patuh syariah.

Untuk itu, masyarakat khususnya umat Islam, perlu berhati-hati apabila melihat iklan mengenai forex yang amat mudah ditemui di laman sosial seperti Facebook dan Instagram story.

“Kebanyakan iklan mengenai pelaburan forex di laman sosial Facebook majoritinya adalah penipuan.

”Penipuan forex ini lebih teruk dari pelaburan forex kerana tidak patuh syariah, termasuk penggunaan gambar ustaz terkenal , tanpa kebenaran,” katanya.

Tambah Afyan , individu yang telah terperangkap dengan pelaburan forex masih boleh kembali ke pangkal jalan.

“Pertama sekali harus insaf bukan sekadar akibat rugi tapi perlu sedar ia adalah pelaburan tidak patuh syariah.

“Kedua, apabila rugi cepat-cepat berhenti dan keluarkan duit pelaburan supaya tidak berterusan mengalami kerugian ,” katanya.

Sementara itu, orang ramai yang dihubungi menyatakan pentingnya mempunyai pengetahuan sekiranya ingin membuat pelaburan dalam talian.

” Pastikan kita punyai ilmu yang mantap tentang teknikal analisis bagi membantu jangkaan pergerakan matawang contohnya indikator RSI dan Stochastic.

“ Yang kedua adalah pemahaman dasar negara dan situasi politik yang mempengaruhi mata wang yang kita mahu laburkan,” jelas Pegawai Perhubungan Ekuiti, Muhammad Suffian Anuar, 32.

Guru Kelas Al-Quran dan Fardhu Ain (KAFA), Mohamad Asri Md Ngisum, 32, pula mengingatkan masyarakat tidak cepat terpengaruh dengan keuntungan segera yang diperoleh pelabur forex.

” Perlu ada ilmu mengendalikannya. Jjangan main redah jika melihat tular forex di laman sosial dengan pelbagai testimoni yang meragukan,” katanya.

Usahawan takaful, Mohamad Hafidz Azmi, 34, pula berpendapat orang ramai harus peka dengan status hasil pelaburan agar selaras dengan ajaran Islam.

” Semua urusan akan patuh syariah sekiranya kita tahu kesemuanya dan belajar tentang selok belok forex selain persoalan bagaimana keuntungan diperolehi,” katanya.

Saksikan penerangan secara live (video di bawah) “Kenapa forex trading haram bolehkah ia jadi patuh syariah?”, oleh Dr Hj Razli Ramli (penasihat syariah dan bisnes kewangan Islam)

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Berlaku pada semua jenis pelaburan Benda ni sentiasa berlaku dalam…