fbpx

Bersederhana Itu Jauh Lebih Baik

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 505Words
  • 322Views

Jarang konsultan saya di INFAQ Consultancy buka rahsia saya secara terbuka begini.

Hahahaha…

Dari FB Noraini Othman

Akibat COVID-19..

Kita semua perlu mengubah norma kehidupan yang disarankan oleh KKM.

Kita semua perlu berada di kediaman masing-masing lantaran PKP. Pelbagai kisah derita sana-sini. Kerinduan kerana berjauhan atau lebih tragis kehilangan yang tersayang.

Kehilangan pendapatan juga membuat ramai golongan have-have jatuh teruk, golongan B40 jadi asnaf. Sedih, sayu, pilu. Namun ada juga yang mengambil peluang ini sebagai kesempatan dengan bertindak bangkit keluar daripada cara biasa-biasa bekerja kepada cara dalam talian sebegini.

Saya bermula dengan INFAQ Consultancy setelah membaca posting beliau di Facebook pada awal tahun 2016. Daripada Johor saya ke Selangor bertemu empat mata dengan beliau demi mencari kebenaran dalam ilmu unit amanah. Alhamdulillah Allah izinkan tentang ilmu sebenar unit amanah yang tidak bias kepada mana-mana syarikat.

Dalam masa yang sama beliau juga turut memberi latihan bagaimana pengurusan kewangan yang betul.

Kelas beliau begitu memberi pengajaran yang baik kepada saya, lain daripada yang lain! Beliau bukan hanya memberi ilmu tetapi beliau mempratikkan ilmu itu sendiri.

Beliau seorang yang sangat bersederhana. Pakaian bukan daripada yang berjenama. Kasut bag juga bukan yang mahal-mahal sebab beliau begitu tekankan bab matlamat kewangan dan beliau sendiri zahirkan. Saya rasa beliau tak banyak pakaian sebab asyik ulang-ulang baju yang sama….hahaha…yelah, beli untuk keperluan sahaja katanya dalam kelas.

Kelas ini benar-benar membuka mata saya kerana apabila memahami matlamat kewangan, maka kehidupan saya sebenarnya telah jauh tersasar.

Sebelum ini semua nak pakai mahal, nak nampak branded, nak nampak gah tapi hakikatnya poket kosong, koyak rabak. Beli sana sini semua nak tunjuk di media sosial. Ke mana sana sini semua nak update di media sosial lagaknya macam ramai peminat…hahaha..perasan kan masa tu.

Kini apabila telah insaf, InsyaAllah saya mula mempratikkan pakai atau guna apa yang ada sahaja dan lebihkan simpanan. Kadangkala simpanan itu lebih 50% sebab kerja seperti saya berdasarkan komisyen sahaja.

Sebenarnya juga saya mula jatuh sakit pada bulan Oktober 2019 dan mula tidak berkerja sejak daripada itu sehingga kini. Ada pun kerja-kerja tepi sahaja.

Namun dengan berkat ilmu kewangan yang beliau titipkan, saya tidak berapa risau tentang kewangan saya. Berjimat cermat seadanya. Alhamdulillah. Ilmu kewangan daripada beliau sangat-sangat membantu ketika saya ditimpa kejadian yang tidak di duga ini. PKP baru dilaksanakan 2 bulan sedangkan saya sudah tidak bekerja seperti biasa selama 7 bulan dan kini alhamdulillah semakin pulih walaupun belum 100% pulih.

Nampak tak wahai sahabat Syurga sekelian, ilmu kewangan sangat penting.

Peribahasa biar papa asal bergaya entah daripada mana muncul, wajar dihapuskan sama sekali!

Kini alhamdulillah, berkat ilmu kewangan yang dipelajari daripada Tuan Afyan Mat Rawi, sangat membantu saya melalui kehidupan ini dengan lebih bermakna.

Membazir itu amalan syaitan. Siapa yang tak nak geng syaitan patut beli e-book ini dan pratikkan. InsyaAllah syaitan menci…😁

eSeminarBMW

eSeminarBMW

Daripada ilmu beliau juga saya benci berhutang, benci main kutu dan memegang prinsip beli untuk keperluan sahaja. InsyaAllah.

Jom betulkan ilmu kewangan kita. Saya sudah, sahabat sekelian bila lagi?

eSeminarBMW

Tuan Afyan Mat Rawi ingat lagi gambar ni?

Noraini Othman
INFAQ Consultancy JDT

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Terima kasih sahabat saya Sdra Mohd Nadzim atas review buku ini. Buku…