fbpx

Bertemu Tuan Dr Azizul Azli Ahmad

  • 5 years ago
  • 2Minutes
  • 280Words
  • 747Views

Datang Perak kena jumpa Tuan Tanah Dr Azizul Azli Ahmad.

Bukan senang nak jumpa Abah Qilah yang menjadi dambaan gegadis ini.

Kali terakhir jumpa tahun 2015 ketika zaman gaduh dengan Tok Belagak dan Alfafa.

Saya banyak belajar ilmu hartanah dan kewangan dari penulisan beliau di FB sepanjang 5-6 tahun.

 

Antara pesannya tadi untuk anak muda (terus saya perasan muda);

1. Jangan beli rumah yang harganya lebih dari RM300 – RM350 per square feet.

2. Jangan beli rumah ikut trend. Tadi beliau kongsikan beberapa pelabur hartanah tegar yang tersungkur dan rumah kena lelong.

3. Beliau juga kongsikan kisah-kisah beliau bermula yang tidak pernah beliau kongsikan di FB dan buku-bukunya.

4. Zaman sekarang zaman digital, ada banyak cara untuk cipta wang. Yang penting perlu rajin dan kreatif.

5. Beliau bermula dan mempunyai kesedaran kewangan pada usia agak lewat yakni pada usia 35 tahun. Better later than never.

6. Beliau terbit buku sendiri tanpa bergantung pada penerbit luar. Diuruskan sendiri dari penulisan, layout, editing sehingga penerbitan dan jualan. Untung jualan lebih tebal apabila terbit sendiri berbanding hantar kepada penerbit. Semua jualan 100% secara online.

7. Beli rumah mulakan dengan yang paling murah boleh kita beli. Dr Azizul cerita dia mula beli rumah pertama ialah rumah lelong. Beliau juga pernah beli rumah bawah RM50k.

8. Ramai orang yang tak berani nak mula sebab takut buat salah. Walhal sebenarnya yang sepatutnya ialah mulakan dahulu dan belajar dari kesilpan.

9. Beliau juga pernah buat silap ketika muda dahulu. Yang penting kena ada kesedaran dan perbaiki kesilpaan.

Banyak lagi yang dikongsi.

9 di atas pun sudah cukup untuk pegang kemas-kemas.

Boleh follow FB beliau yang sedia banyak followers untuk belajar ilmu-iomu pelaburan hartanah.

Alhamdulillah berjaya di”Wakanda”kan juga akhirnya.

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Kecoh pasal drama yang memaparkan watak gay dan sekolah tahfiz.…