fbpx

Berubah Selepas Betulkan Mindset

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 495Words
  • 391Views

Dipetik dari FB Syafiq Raif

Mindset.

Nak cerita tentang mindset, rasanya lebih ramai pakar di luar sana.

Cuma saya nak kongsikan kisah hidup saya berkenaan dengan ‘mindset’.

Kisah 1

Tahun 2013, saya mula berkhidmat di hospital kerajaan. Dengan gaji lebih kurang RM3000 (sebelum tolak KWSP), saya jalani kehidupan bujang seperti orang lain.

Sewa bilik.
Balik kerja balik kerja.
Makan dekat luar.

Tapi yang bezakan saya dengan rakan sebaya saya yang lain adalah dari segi sikap ‘jimat-cermat’ saya.

Kalau orang lain tengok, mereka akan kata saya sedikit berkira. Hahahaha..

Tetapi dengan sikap tersebut, saya mampu ada wang simpanan hampir RM20,000 selepas 3 tahun bekerja.

Dan sebelum kahwin, saya dah mula sediakan beberapa tapak asas berkaitan kewangan, seperti :

++ beli hartanah (apartmen kos sederhana)
++ sediakan pelan perlindungan gaji melalui takaful
++ ASB Financing
++ labur dalam Unit Trust setiap bulan
++ simpanan Tabung Haji
++ simpanan emas (buat modal kahwin)

Yang penting, zakat pendapatan pun saya bayar tiap-tiap bulan melalui autodebit dari akaun gaji.

Mungkin ada yang tanya, betul ke boleh buat semua ni dengan gaji ‘fresh-grad’?

Hujung minggu (bila tak balik kampung), saya juga ada buat kerja ‘part-time’. Dapatlah extra income RM200-RM400 seminggu.

Kalau sebulan? Dah berapa kan..

Kisah 2

Akhir tahun 2016, saya ambil keputusan berhenti kerja kerajaan. Dan buka bisnes sendiri.

Bukan sebab kerja hakiki tak best atau gaji tidak cukup, tapi sebab saya mahukan cabaran lain. (Plus, pengaruh isteri untuk kerja sendiri 😆)

Awal 2 bulan buka bisnes, mindset saya masih mindset orang niaga standard. Nak untung banyak, nak kaya cepat.

Tapi perkara tu buatkan saya rasa lain. Ini tak betul, ini bukan yang saya cari.

Saya keluar dan cari rakan-rakan yang turut buat bisnes.

Setiap kali saya bertemu dengan mereka, perkara pertama yang akan mereka sentuh adalah MINDSET!

Mindset kita yang akan tentukan hala tuju hidup kita. Antara yang saya pelajari mindset dalam berbisnes adalah,

Dengan bisnes dan kemahiran yang kita ada, bantu orang lain capai kehidupan yang lebih baik.

Alhamdulillah.. kini masuk tahun ke-4, bisnes yang saya usahakan bersama isteri telah bantu ramai orang di luar sana.
(Boleh like dan follow page bisnes kami juga, Astana Optometri Paka, Terengganu  )

Sama juga dengan mindset kita pada duit dan kewangan.

Kalau mindset kita di tahap biasa-biasa, gaji RM5,000, RM10,000 pun masih tak cukup bulan-bulan.

Jika anda masih tidak pasti atau tahu cara mengurus wang anda dengan bijak, modul Bijak Merancang Wang ini perlu anda dapatkan segera.

Modul #eSeminarBMW dari Tuan Afyan Mat Rawi ada ceritakan semuanya, dari A-Z tentang cara sebenar pengurusan kewangan.

Pendapat saya, modul ini WAJIB dimiliki oleh semua golongan terutamanya anak muda yang baru ‘grad’ dan yang baru mula bekerja.

Bagi yang dah lama bekerja dan pengurusan kewangan masih terumbang ambing, masih tidak terlambat.

Mulakan langkah awal dari sekarang!

Jika anda mahu dapatkan modul ‘Bijak Merancang Wang’ ini, klik link berikut

eSeminarBMW

Ada dalam bermacam bentuk penyampaian seperti e-book, video, infografik dan ilustrasi yang saya jamin, mudah difahami semua. 

(Gambar: Sign Sales & Purchase Aggrement Rumah Pertama pada tahun 2014. Masa ni umur 24 tahun.)

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Tahniah Team INFAQ Selain bisnes #eSeminarBMW dan membangunkan ejen-ejen affiliate, saya juga…