fbpx

Beza “Kempen Boikot” Dengan “Kempen Sokong”

Apa beza “kempen boikot” dengan “kempen sokong”?

1. “Kempen boikot”, kita akan highlight perkara yang kena boikot, manakala “kempen sokong” pula kita kena highlight perkara yang kita kena sokong.

2. “Kempen boikot” akan menceritakan keburukan perkara yang kita kena boikot, manakala “kempen sokong” pula ialah kita kena ceritakan kelebihan perkara yang kita sokong.

3. “Kempen boikot” berhasrat menggagalkan dan melemahkan pihak yang diboikot, manakala “kempen sokong” pula berhasrat untuk menguatkan pihak yang disokong.

4. “Kempen boikot” akan melahirkan rasa marah dan benci kepada pihak dan produk yang diboikot, tapi “kempen sokong” pula memberikan rasa seronok dan gembira kepada pihak dan produk yang disokong.

5. “Kempen boikot” membina seteru dan musuh, manakala “kempen sokongan” membina rakan pengaruh.

6. “Kempen boikot” mencari perbezaan, tapi “kempen sokong” mencari persamaan.

7. Orang yang tak sokong “kempen boikot” pun akan sokong “kempen sokong” apabila ia dijalankan dengan cara begini.

 

Ada lagi nak tambah?

Afyan Mat Rawi
Penyokong tegar MU (Muslimin United)

Follow dan klik see first utk lagi tip-tip kewangan dan kehidupan.

Utk info pantas, ikuti Channel Telegram t.me/afyanIFP

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com