fbpx

Bidang Kuasa Amanah Raya Dalam Pusaka

  • 4 years ago
  • 4Minutes
  • 642Words
  • 1590Views

Dipetik dari FB Ahmad Mustapha

PUSAKA | BIDANG KUASA AMANAHRAYA DALAM PUSAKA

Saya ada terbaca dalam status dan komen yang mengatakan Amanah Raya Berhad (ARB) TIDAK BOLEH MENGURUSKAN PUSAKA harta tidak alih, atau tidak boleh menguruskan pusaka yang lebih nilainya RM600K, atau ARB tidak boleh uruskan harta pusaka simati yang berwasiat

Termenung panjang saya baca statement status dan komen berkaitan perkara diatas .

Pertama kita sedia maklum bahawa hanya ada 3 tempat sahaja yang boleh MENGELUARKAN Surat Kuasa Mentadbir (SKM) iaitu :

(1) Amanah Raya Berhad
(2) Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil
(3) Mahkamah Tinggi Sivil

Untuk makluman setiap tempat yang mengeluarkan surat kuasa ini ada bidang kuasanya tersendiri.

Berbalik kepada apa yang saya baca iaitu ARB tidak boleh MENGURUSKAN HARTA PUSAKA yang ada harta lebih daripada RM600K atau harta pusaka ada harta tidak alih .

Persoalannya adakah benar seperti apa yang dikatakan diatas?

Untuk menjawab persoalan tu , seeloknya kita mengkaji dan teliti berkaitan dengan undang- undang:

Untuk makluman AmanahRaya mempunyai bidang kuasa khusus untuk MENTADBIR dan MENGELUARKAN Surat Kuasa bagi membolehkan proses yang lancar dapat dilaksanakan.

Sebelum itu kita perlu tahu bahawa Amanah Raya Berhad adalah satu- satunya sebuah institusi syarikat peramanahan awam dibawah kerajaan yang dilindungi dan mempunyai akta tersendiri iaitu Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 (AKTA 532) yang telah diluluskan oleh Parlimen Malaysia.

Jom kita fahami dimana yang mengatakan ARB boleh mengeluarkan dan menguruskan harta pusaka simati

PERTAMA :-
ARB BOLEH MENGELUARKAN SURAT KUASA MENTADBIR :

Di dalam Akta Perbadanan Amanah Raya 1995 tersebut , dengan jelas di dalam seksyen 17(1) dan seksyen 17(2) menjelaskan berkenaan ARB boleh mengeluarkan surat kuasa tersebut .

 

SEKSYEN 17(1) AKTA PERBADANAN AMANAH RAYA 1995

(#)AmanahRaya boleh mengeluarkan Surat Kuasa dalam bentuk Akuan dengan perincian aset bagi harta alih* bernilai tidak lebih RM600,000.

(#)Akuan ini tertakluk kepada Faraid bagi orang Islam dan Akta Pembahagian 1958 bagi orang bukan Islam atau tertakluk kepada persetujuan semua waris seperti yang ditetapkan.

SEKSYEN 17(2) AKTA PERBADANAN AMANAH RAYA 1995

(#)Bagi harta alih* RM 50,000 ke bawah, AmanahRaya boleh mengeluarkan Surat Kuasa dalam bentuk Arahan untuk mengarahkan sesuatu agensi untuk membuat pembayaran terus kepada waris yang berhak.
.
(#)Waris perlu mengemukakan arahan tersebut kepada pihak bank untuk menerima bayaran.

KEDUA :-
ARB BOLEH MENGURUSKAN HARTA PUSAKA SIMATI

(1)PEJABAT PUSAKA KECIL

SEKSYEN 8 AKTA PEMBAHAGIAN PUSAKA KECIL (PEMBAHAGIAN) 1955

(#)Pusaka Kecil merujuk kepada harta simati yang terdiri daripada harta tak alih sepenuhnya atau sebahagiannya (harta tak alih dan harta alih) dan tidak melebihi RM2 juta.

(#)AmanahRaya boleh MENGURUSKAN harta pusaka dengan memfailkan pemohonan kepada Unit Pembahagian Pusaka Kecil untuk dilantik sebagai Pempetisyen atau memohon perintah pembahagian untuk harta alih dan harta tak alih.
Secara jelas di dalam akta tersebut menunjukkan ARB boleh URUSKAN harta pusaka simati .

(2) MAHKAMAH TINGGI SIVIL

SEKSYEN 13 AKTA PERBADANAN AMANAH RAYA 1995

AmanahRaya boleh memfailkan saman pemula di Mahkamah Tinggi Sivil bagi :

(#)Mentadbir Pusaka yang mengandungi harta alih* dan harta tak alih* atau harta alih sahaja bernilai lebih RM600,000.

(#)Mendapatkan Geran Probet bagi Pusaka Berwasiat.

(#)Mendapatkan Surat Kuasa Mentadbir bagi simati yang meninggal dunia tanpa Wasiat.

(#)Menggantikan pentadbir terdahulu yang telah meninggal dunia sebelum Pentadbiran Pusaka dilaksanakan.

(#)Menggantikan Pentadbir terdahulu yang gagal menyelesaikan Pentadbiran Pusaka.

(#)Menggantikan Pentadbir yang menolak pelantikan yang dipilih oleh simati.

PENTADBIRAN HARTA PUSAKA DI SARAWAK

Pentadbiran Harta Pusaka di Sarawak mengikut “Administration Of Estates Ordinance, Chapter 80” yang mana AmanahRaya, Kuching berfungsi sebagai pihak berkuasa yang mengeluarkan Surat Kuasa dan Geran Probet bagi bukan bumiputera di Kuching sahaja. Manakala bagi daerah-daerah lain selain daripada Kuching, Surat Kuasa Mentadbir dan Geran Probet dikeluarkan oleh Pejabat Daerah dalam jajahan masing-masing
.
MAKSUD :-
harta alih ; wang tunai,akaun simpanan bank, saham, unit amanah
harta tak alih : tanah,bangunan. rumah

Jadi secara kesimpulannya, Amanah Raya Berhad boleh MENGELUARKAN Surat Kuasa Mentadbir dan juga boleh MENGURUSKAN HARTA PUSAKA simati di Pejabat Pembahagian Pusaka Kecil dan Mahkamah Tinggi Sivil . Senang cakap one stop centre la.

Ahmad Mustapha
Cakna Pusaka
“Plan your wealth, Change your life”
.
Mustapha Takaful
#CaknaPusaka
#RancangHartaAnda
#RancangUntukKehidupanAbadi
#RancangSebahagianHartaUntukBekalanAkhirat
#MudahkanPengurusanPusakaWaris
Afyan Mat RawiINFAQ Consultancy

 

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Apabila melanggan polisi takaful, 2 dokumen ini sangat penting 1.…