fbpx

BIMB-Arabesque Guna ‘Robot’ Urus Dana

  • 6 years ago
  • 1Minute
  • 177Words
  • 314Views

Hari ini berguru dgn Mr Gabriel Karageorgiou daripada Arabesque Asset Management, daripada United Kingdom.

Beliau berkongsi tentang pelaburan dana BIMB-Arabesque yg menggunakan Artificial Intelligence (AI).

Dana ini dipasarkan dgn kerjasama BIMB Investment Management Berhad, satu-satunya dana unit trust yg menggunakan teknologi Artificial Intelligence ini.

Ciri unit dana ini ialah, fund manager bagi dana ini ialah “robot”. Ya, robot AI yg mengurus dana ini.

Dengan teknologi AI atau kepintaran buatan ini, ia membolehkan syarikat mewujudkan gabungan saham terbaik daripada keseluruhan 77,000 syarikat senaraian global untuk membentuk portfolio sehingga 100 saham setiap hari melalui penggunaan lebih 1,600 kriteria pilihan yang menilai lebih 100 bilion titik data.

Berdasarkan Bloomberg, rekod pulangan dana ini ialah 18% setahun dengan rekod pulangan “year to date” 12.7%.

Dalam brochure BIMB, ada tertulis dana ini pernah memberi pulangan 39% setahun!

Modal minima utk memulakan pelaburan melalui dana ini ialah RM30,000.

Jika Tuan-Puan ada duit lebihan RM30k, boleh pertimbangkan dana ini 🙂

Sesuai utk jangka masa panjang, 5 tahun ke atas.

Nota: Past performance doesn’t indicate future result.

Detail dana: http://www.bankislam.com.my/…/bimb-arabesque-i-global-divi…/

Bacaan tambahan: https://www.bharian.com.my/node/267893

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

Foto Afyan Mat Rawi.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Temui kami di LHDN Jalan Duta utk mendapat informasi tentang…