fbpx

BMF Hangat-Hangat Tahi Ayam Je?

  • 4 years ago
  • 3Minutes
  • 464Words
  • 358Views

Ada orang tanya, apa khabar BMF? Dah sejuk ke? Dah tak ada ke? Hangat-hangat tahi ayam je ni…

Soalan berbaur sindiran.

Saya hanya senyum sahaja. Nama pun kempen. Kempen memang la bermusim.

Mana ada kempen yang kekal lama dari dulu sampai sekarang?

Sebenarnya dalam mana-mana kempen dalam dunia pun, tak ada pun kempen yang selamanya wujud.

  • Kempen beli buah-buah tempatan
  • Kempen jangan merokok
  • Kempen gaya hidup sihat
  • Kempen poligami
  • Kempen boikot barangan Israel
  • Kempen hapuskan PTPTN
  • Kempen hapuskan tol
  • Kempen hapuskan sekolah venakular
  • Dan segala macam kempen atas muka bumi.

Ada masa ia dapat sambutan hangat, ada masa ia suam-suam suku.

Tak ada sebarang isu pun, sebab nama pun kempen.

Cuma yang bertanya memmag dari dulu tak sokong pun BMF. Masa kempen BMF, hangat mereka bangkang. Jadi apabila kempen ini sejuk, mereka seronok sebab mereka rasa bangkangan mereka berhasil.

Walhal, itu memang lumrah.

Ambil contoh kempen makan buah-buahan tempatan, ada lagi ke sekarang? Masa kempen dahulu memang banyak tapi sekarang kempen itu dah sejuk. Walaupun sejuk dah sekarang, ramai usawan dsn peladang lahir daripada kempen itu suatu ketika dahulu.

Begitu juga kempen belilah barangan tempatan. Ia memang dah sejuk sekarang. Tapi dengan kempen itu, menggalakkan usahawan tempatan.

Kempen boikot produk Israel pun dah sejuk. Tapi kesan daripada kempen itu, beberapa syarikat berkenaan menurun jualannya.

Nak tau kempen itu berjaya atau tak, lihat perbezaan sebelum dan selepas kempen.

Ada juga kempen yang tak berjaya. Contoh kempen bahaya rokok.

Alhamdulillah, dengan kempen BMF kita dapat lihat banyak bukti kejayaan kempen ini.

  • Jualan pasaraya Mydin meningkat,
  • PPIM berjaya tubuhkan Malakat Mall,
  • Ustaz Ebit Lew pun berjaya buka banyak cawangan kedai Elew Mart,
    Ustaz Firdaus Wong pula berjaya buka banyak rangkaian Raudhah Grocer
  • Ramai pengguna Muslim kenal produk-produk nom-Muslim yang mengelirukan ornag Muslim.
  • Malah banyak produk-produk baru keluaran Muslim yg dikenali sekarang dan pelbagai lagi.

Ia sekarang dah jadi habit!!! BMF sudah jadi habit bagi penggiatnya.

Ada yang kata, BMF jadi tunggangan parti politik PAS dan Umno. Sekarang dah memerintah, jadi sejuk.

Saya setuju. Sama macam kempen mansuhkan tol, kempen mansuhkan PTPTN – ditunggang pula oleh PH. Masa memerintah pun sejuk.

Parti politik memang suka menunggang. Jadi ia tak ada bukan isu pun kpd BMF.

BMF sekarang berada dalam fasa advance. Jika dahulu ia kempen membeli produk Muslim, sekarang ialah fasa meramaikan usahawan Muslim.

Kita mahukan lebih ramai lagi usahawan dari kalangan Muslim. Jika anda usahawan Muslim, kongsikan produk di ruangan komen. Tidak kira apa sahaja produk, asalkan halal.

Kempen BMF suam suku sekarang? Yes.

Kempen BMF gagal? No.

Apa pandangan anda? Adakah BMF gagal? Bagi saya tidak. Kita sekarang menuju ke BMF Advance atau BMF 2.0.

Wallahua’lam.

Afyan Mat Rawi
Bekas Bapa BMF Kebangsaan (self claim)

KOMEN | LIKE | SHARE | FOLLOW Afyan Mat Rawi
Join t.me/AfyanIFP utk ilmu kewangan PERCUMA

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sedar atau tidak, bermasam muka dan marah-marah boleh membuatkan rezeki…