fbpx

BNM Meluluskan Bukan Bermakna Produk Itu Bagus

  • 3 years ago
  • 2Minutes
  • 250Words
  • 455Views

“Produk takaful ini dah diluluskan oleh BNM. Takkan la BNM luluskan produk yang salah. Jadi, tak ada masalah pun nak promote takaful sebagai pelaburan”

Al-Jawab,

Ya, takaful memang diluluskan oleh BNM.

Kad kredit pun diluluskan oleh BNM Ramai orang yang bankrap disebabkan hutang kad kredit.

Produk hire purchase kereta pun diluluskan oleh BNM. Tapi kes bankrapsi terbesar dari kalangan orang muda, adalah daripada hutang kereta.

Jadi, ada tak hujah lain untuk justifikasi takaful pelaburan?

Hujah tu tak berapa valid. Produk diluluskan oleh Bank Negara Malaysia bukan bermaksud produk tu bagus atau tak. Ejen takaful yang promote takaful untuk pelaburan sahaja yang gunakan hujah sebegitu rupa.

Setiap produk ada market target tersendiri. Bukan semua orang sesuai untuk produk takaful digunakan utk pelaburan.

Ia bukan untuk majoriti orang. Berdasarkan statistik oleh Life Insurance Association Malaysia (LIAM), 90% pemegang polisi insurans adalah under insured yakni tak cukup coverage.

Produk takaful untuk pelaburan adalah untuk individu yang sudah mempunyai perlindungan takaful yang mencukupi. Maksudnya, dia dah ada 10 tahun coverage dan medical card.

Jika anda orangnya, silakan langgan polisi takaful untuk tujuan pelaburan.

Untuk majoriti orang, terutama dari kalangan M40 dan B40, takaful adalah untuk perlindungan BUKAN untuk pelaburan. Malah BNM juga sudah menegaskan bahawa takaful dan insurans BUKAN untuk pelaburan.

Istilah yang tepat adalah NILAI TUNAI atau CASH VALUE, bukannya simpanan. Fungsinya adalah untuk menstabilkan kadar carumah apabila kos tabarruk meningkat dalam polisi takaful.

Produk takaful untuk pelaburan selalunya digunakan untuk pelaburan ejen, tak semestinya untuk pelanggan.

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
"Afyan, saya keliru la. Ejen A kata takaful, bukan untuk…