fbpx

Bolehkah Forex Trading Patuh Syariah? Boleh, Begini Caranya…

  • 3 years ago
  • 3Minutes
  • 431Words
  • 3993Views

Saya sangat bersetuju dengan pandangan yang diberikan oleh Dr Hj Razli Ramli ini.

Inilah yang saya ajukan dalam sesi diskusi forex tempoh hari. Cuma yang Tn Dr Hj Razli kongsikan ini lebih detail.

Solusi ini ialah untuk forex trader keluar daripada daripada urusniaga forex trading hari ini yang sudah difatwakan haram oleh SEMUA fatwa seluruh dunia.

Transaksi forex sedia ada bermasalah dari sudut syariat apabila pemilikan dalam transaksi urusniaga forex tersebut tidak jelas, sama ada pemilikan oleh pihak penjual (syarikat / broker / platform) dengan pembeli (trader).

Dalam urusniaga item ribawi, pemilikan tersebut perlu jelas dari sudut hakiki dan maknawi oleh kedua-dua belah pihak. Pihak syarikat / broker mestilah memastikan bahawa matawang asing yang bakal dibeli oleh trader wujud dan dalam milik mereka. Kemudian pemilikan tersebut berpindah kepada trader selepas urusniaga selesai.

Jika hal ini berjaya dilakukan oleh mereka, urusniaga jual beli matawang tersebut sudah sempurna di sisi syarak.

Jadi, siapa yang akan mengesahkan semua ini? Inilah cabaran besar komuniti forex trader. Sama seperti kewujudan Bank Islam pertama dan Syarikat Takaful Malaysia pertama.

Komuniti forex trader perlu usahakan satu syarikat dan platform forex baru yang mempunyai pengawalan syariah yang memenuhi standard industri kewangan.

1. Mulakan dengan pelantikan pegawai-pegawai syariah untuk penyediaan proposal bagi produk urusniaga forex boleh jadi syariah

2. Kemudian proposal itu dibentangkan untuk diluluskan oleh penasihat syariah. Jika penasihat syariah reject, kena ubah sampai penasihat syariah puas hati kepatuhan syariah produk forex tersebut.

3. Akhir sekali, akan dibentangkan pula kepada penasihat syariah Bank Negara Malaysia atau Suruhanjaya Sekuriti yang mengawal selia industri kewangan di Malaysia. Proses sama macam no 2, sehingga Majlis Penasihat Syariah BNM / SC sahkan patuh syariah.


Selepas itu, sudah boleh pasarkan produk forex patuh syariah pertama di dunia!

Tentu ada yang kata “Oh kalau macam tu, forex yang ada sekarang sebenarnya patuh syariah la!”

Bukan macam tu. Kewujudan Bank Islam dan Takaful Malaysia tidak menjadikan bank-bank dan syarikat-syarikat insurans konvensional sedia ada patuh syariah.

Maka begitulah halnya apabil wujudnya syarikat / platform / broker forex patuh syariah nanti.

Saya kira ini posting penutup dan penamat bagi ulasan diskusi “Diskriminasi

Hukum Forex Terhadap Retail Trader”, yang diadakan tempoh hari.

Good luck kepada rakan-rakan komuniti forex trader untuk mengusahakan produk forex patuh syariah.. Terima kasih tak terhingga kpd Sdra Zamrin Atuk Pemalu yang sudi untuk menjemput saya tempoh hari.

Kita tetap saudara se-Islam.

Tonton video penuh di sini atau play video di bawah.

Saksikan penerangan secara live “Kenapa forex trading haram bolehkah ia jadi patuh syariah?”, oleh Dr Hj Razli Ramli (penasihat syariah dan bisnes kewangan Islam)

Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi,IFP

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

One Comment
  1. Avatar

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Antara kritikan biasa kepada perbankan Islam ialah mengenakan harga yang…