fbpx

Bolehkah Saya Berkongsi Ebook dan E-learning Yang Saya Beli Kepada Orang Lain?

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 394Words
  • 583Views

Terima emel.

“Nak tanya.

saya dah beli xkan saya tak boleh berkongsi dengan org terdekat.kalau saya jual tu betul la salah.
kalau saya beli buku pun ikut suka hati saya nak berkongsi dengan siapa.

Ini memang tak adil!”

Dan saya reply:

Assalamualaikum Sdra yg dihormati,

Pertama sekali saya mohon maaf kerana lambat reply. Emel yang dihantar masuk ke SPAM bersama ratusan lagi emel lain.

Baru sempat nak reply hari ini.

Kedua, saya ucapkan terima kasih kerana Sdra sudi mendapatkan naskhah digital e-Learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW ini.

Ketiga,
Berhubung perkara yang dibangkitkan, sebenarnya ia adalah praktis biasa dalam perundangan hak cipta berkaitan produk digital. Penegesan itu sebagai peringatan tambahan utk mengelakkan komplikasi undang-undang di kemudian hari.

Sebagai contoh, dalam industri perfileman. Merakam video di dalam panggung wayang adalah salah walaupun bukan utk dijual.

Atau pembeli DVD yang sah, kemudian dari DVD itu, pembeli buat salinan utk disebarkan secara percuma.

Saya ambil contoh satu kes, rujuk berita di Berita Harian

Dalam berita ini seorang lelaki membuat rakaman Filem Munafik 2 dan sebarkan di media sosial berdepan tindakan mahkamah oleh Pengarah Filem, Sdra Shamsul Yusoff.

Ia sama seperti kita beli buku dan kemudian buku tersebut difotokopi dan disebarkan. Ia tetap menyalahi undang-undang sekalipun ia diberikan percuma.

Begitu juga produk digital kami, E-learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW ini.

Jika link video dan ebook produk ini dikongsi kepada orang lain, ia adalah satu kesalahan undang-undang. Biarpun ia bukan untuk tujuan komersial bagi mendapatkan keuntungan.

Tapi jika ia dikongsi untuk dibaca Phone atau laptop pembeli, tidaklah menjadi kesalahan.

Sama seperti DVD tadi, DVD yang sama diberi pinjam kepada orang lain untuk ditonton, tidaklah menjadi kesalahan. Tapi yang jadi kesalahan apabila ia disalin dan diedarkan, biarpun secara percuma.

Atau seperti produk fizikal spt buku, jika ia dikongsi baca tidaklah menjadi kesalahan. Tapi jika difotokopi utk diedarkan, ia adalah kesalahan.

Semua itu ada hak cipta masing-masing. Maka pemilik hak cipta yang berhak menentukan sama ada ia boleh disebarkan atau tidak.

Begitulah juga halnya dengan #eSeminarBMW

Saya harap penjelasan ini memuaskan hati Sdra.

InsyaAllah Sdra berpeluang menjana income dengan menjadi ejen affilate #eSeminarBMW ini memandangkan Sdra sudah pun mendapatkannya.

Sudah ramai yg dapat income dengan cara ini, malah ada yang dapat 5 angka dlm masa seminggu.

Saya alu-alukan jika Sdra mahukan maklumat lanjut mengenai program Affiliate ini.

Wassalam

Afyan Mat Rawi
Penulis ebook dan video #eSeminarBMW
eSeminarBMW

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Jarang konsultan saya di INFAQ Consultancy buka rahsia saya secara…