Bukan Semua Medical Card Cover CORONAVIRUS dan INFLUENZA

Akhir-akhir ini ramai yang bertanyakan saya sama ada medical cardnya cover tak untuk penyakit Coronavirus.

Secara umumnya, apabila namanya penyakit jangkitan virus, kebanyakan medical card akan cover.

Namun dukacita saya ingin maklumkan, ada beberapa jenis medical card yang tidak cover penyakit Coronavirus.

Ia juga tidak cover penyakit Influenza yang heboh sebelum itu. Mungkin ada yang tak perasan.

Tuan-Puan boleh semak sendiri untuk memastikan kesahihan maklumat ini.

Serba salah juga saya nak kongsikan sebab saya tahu agak ramai juga sebenarnya yang mempunyai polisi medical card seperti ini.

 

Senarai polisi medical card yang tidak memberi perlindungan

Berikut adalah senarai polisi medical card yang tidak memberi perlindungan bagi penyakit seperti Coronavirus dan Influenza.

1. Medical card yang masih dalam tempoh menunggu. Selalunya 30 ke 120 hari selepas sign up.
2. Medical card yang dah habis tempoh matang.
3. Medical card yang masih dalam bentuk quotation
4. Medical card yang dah lama tak bayar
5. Medical card yang dah lapse
6. Medical card yang dah bertangguh lama nak ambil
7. Medical card yang orang lain punya
8. Medical card anak tapi parent tak ada
9. Medical card yang tunggu nak bincang dengan isteri
10. Medical card yang tunggu nak compare dulu dengan kompeni lain
11. Medical card yang tiap-tiap bulan tunggu hujung bulan baru nak sign up
12. Medical card kompeni lama tapi sekarang dah tak kerja situ
13. Medical card yang kau sembang nak ambil tapi bila ejen follow up, kau bagi blue tick
14. Polisi takaful tapi tak ada medical card
15. Polisi takaful kereta. Sah-sah la tak ada medical card
16. . Medical card yang…. (Boleh tambah. Komen terbaik saya tambah)
Jadi, tolong semak polisi masing-masing.

Kalau ada lagi jenis medical card yang tak cover, boleh bagi komen. Komen terbaik saya akan tambah. Hoho!

 

Sumber dari FB Ayan Mat Rawi,IFP

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com