fbpx

CarumanTakaful Jenis Kenderaan Jauh Lebih Tinggi Daripada Insurans Konvensional

Seorang rakan mengadu tentang caruman takaful untuk beberapa jenis kenderaan (selalunya motosikal) yang jauh lebih tinggi daripada insurans konvensional.

Apa solusi terbaik dalam situasi tersebut?

Dalam satu sudut, orang yang mengalami situasi sebegini mempunyai kesedaran yang tinggi terhadap aspek patuh syariah.

Cuma kekangan yang ada ialah faktor harga yang agak tinggi bagi takaful berbanding takaful.

Ada juga kes, tiada syarikat takaful yang menerima untuk cover bagi beberapa jenis model motosikal, dan yang ada hanyalah insurans konvensional.

Kenapa takaful tak menerima? Sebabnya takaful tidak mampu, selepas mengambil kira berbagai faktor termasuk rekod claim.

Ada beberapa model motosikal yang terpaksa ditinggikan kadar sumbangan atau tidak terima langsung coverage kerana ia model panas yang mempunyai rekod claim tinggi bagi kes kecurian.

Dalam situasi sebegitu, adakah ia dikira sebagai darurat?

Satu sudut, ia boleh dilihat sebagai darurat, sebab tidak ada pilihan lain dan benar-benar terdesak. Ia bagi situasi yang benar-benar tidak pilihan lain dan dengan syarat sudah survey semua kompeni takaful.

Dalam hal ini, seeloknya diulas oleh pakar-pakar dalam bidang mualamat kerana ia melibatkan soal hukum syariat.

Dari sudut lain juga, sebenarnya boleh mengambil pendekatan mencari pilihan lain.

Apa pilihan lain yang ada?

Ini yang saya terfikir dengan meletakkan diri sebagai pemilik kenderaan.

  1. Pilihan pertama ialah melanggan takaful dengan bayaran yang jauh lebih tinggi.
  2. Jika tidak mampu, pilihan lain yang ada ialah tidak langsung melanggan sebarang polisi. Tapi ia terdedah kepada risiko lain termasuk risiko saman sebab tak dapat renew roadtax dan risiko tidak ada coverage jika kemalangan.
  3. Pilihan lain ialah bertukar kepada model lain yang sama harga dan ada coverage takaful.

Dalam banyak kes yang saya temui secara personal, motosikal yang dipakai mempunyai model lain yang sama harga dan mempunyai coverage takaful yang bersesuaian.

Dalam situasi di atas saya letakkan diri saya sebagai pengguna. Andaikata dipersoalkan di akhirat kelak, kenapa langgan polisi insurans konvensional yang haram, tak berani saya nak jawab;

“Saya ambil polisi insurans konvensional kerana tak ada syarikat takaful yang cover”

Wallahualam.

 

Sumber dari Afyan Mat Rawi

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com