fbpx

Cadang Panjangkan Tempoh Pembiayaan Perumahan

  • 3 years ago
  • 1Minute
  • 167Words
  • 297Views

Cadangan untuk memanjangkan tempoh pembiayaan perumahan sehingga 60 tahun.

Ia dicadangkan oleh Better Malaysia Foundation (BMF). Ini BMF lain. Better Malaysia Foundation dahulunya dikenali sebagai Vincent Tan Foundation.

Proposal penuh boleh diperolehi daripada Twitter Jalil Rashid, CEO Berjaya Group Corporation.

Cadangan ini untuk memudahkan golongan B40 dan M40 memiliki rumah. Ideanya ialah,

  • Ia mengurangkan ansuran bulanan apabila tempoh pinjaman menjadi panjang.
  • Pembiayaan perumahan ini akan diwarisi dari generasi pertama ke generasi kedua sekiranya pemilik asal meninggal dunia dalam tempoh pembayaran.

Nampak macam menarik. Ansuran rumah jadi rendah. Ayah tak sempat habiskan hutang, anak sambung bayar.

Apa kesannya?

  1. Ramai orang yang sebelum ini tak layak beli rumah, akan lebih mudah beli rumah. Orang yang tak pandai urus kewangan pun akan lebih mudah beli rumah.
  2. Rumah-rumah yang tak terjual sekarang akan berkurangan. Pemaju-pemaju berjaya menjual rumah yang selama ini tak terjual.

Siapa yang untung?

A. Pemaju yang berlambak rumah tak terjual? atau

B. Rakyat yang selama ini tak lepas apply loan beli rumah?

Bincangkan.

Smber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Satu dari Malaysia Dateline, satu lagi dari Malaysia Gezzate. Kedua-duanya…