fbpx

Cara Buat “Force Saving” Melalui My ASNB

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 286Words
  • 567Views

Cara buat “force saving” melalui my ASNB

Saya baru dapat info ini dari FB Berhad. Cara membuat simpanan berkala secara automatik atau juga dikenali sebagai “regular saving”.

Saya tak pasti sama ada servis ini baru diperkenalkan atau sudah lama. Namanya Auto Labur @ myASNB untuk pelaburan konsisten secara percuma setiap bulan.

 

1. Login dan klik “Auto Labur” pada menu hadapan.

No photo description available.

2. Klik “Pendaftaran” untuk daftar servis ini

No photo description available.

3. Pilih unit amanah. Buat masa ini hanya ASB sahaja dan kemudian isi jumlah pelaburan yang ingin dibuat potongan.

No photo description available.

 

4. Pilih tarikh potongan bulanan yang akan dibuat akan datang

No photo description available.

 

5. Pilih bank yang anda akan buat potongan. Pastikan bank tersebut ada baki mencukupi untuk dipotong setiap bulan. Sebaiknya akaun gaji.

No photo description available.

Kelebihan Auto Labur ini ialah
1. Tidak perlu bayar caj perkhidmatan,
2. Tiada caj pembiayaan,
3. Yang penting anda dapat mendisiplinkan diri untuk melabur dan membina kewangan yang kukuh.

Kaedah ini juga boleh dijadikan persediaan jika ada merancang untuk membuat pembiayaan ASB atau ASB Financing. Jika ASBF, anda mempunyai risiko sekiranya lewat bayar tapi melalui Auto Labur @my ASNB ini, tiada risiko tersebut.

Auto Labur ini barulah “force saving” yang sebenar, berbanding ASB Financing yang sebenarnya “force investment” yang mempunyai kos dan risiko tersendiri.

Melalui Auto Labur @my ASNB ini boleh menetapkan pelaburan minimum serendah RM30 sebulan.

Jika belum mendaftar myASNB, anda boleh berbuat demikian di www.myASNB.com.my (untuk mendaftar myASNB, anda perlu mengemaskini butiran peribadi terlebih dahulu di mana-mana cawangan/ejen ASNB jika belum berbuat demikian).

Nota: Buat masa ini Auto Labur hanya untuk ASB sahaja dan untuk diri sendiri. Untuk unit amanah lain belum ada.

Kongsikan jika bermanfaat.

Afyan Mat Rawi, IFP
INFAQ Consultancy

Nota: Kalau rasa nak buat ASB Financing, boleh lihat di sini

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Hibah takaful bukan untuk bayar hutang. Hibah bermaksud hadiah. Dah…