fbpx

Cara Kutip Hutang

  • 4 years ago
  • 2Minutes
  • 267Words
  • 627Views
Image result for kutip hutang
gambar sekadar hiasan

 

Dalam group Peguam dan Pengguna Malaysia (PPM) saya baca banyak posting persoalan tentang bagaimana untuk mengutip hutang.

Di sini saya kongsikan, cara mudah untuk mendesak penghutang untuk bayar hutang tanpa melalui proses perundangan.

Cuma saya tak pasti dari sudut perundangan, adakah cara ini mempunyai kesan perundangan sampingan.

Cara ini sudah pun dilakukan oleh seorang rakan saya dan ia berkesan.

1. Pertama sekali, kita perlu ada semua bukti kukuh urusan hutang piutang tersebut. Sama ada dalam bentuk perjanjian bertulis atau paling kurang mesej-mesej wassap.

2. Jika ada copy IC orang tersebut lebih baik.

3. Kenal pasti lokasi tempat tinggal dan daerah asal orang berhutang itu.

4. Search di FB, group-group yang berkaitan lokasi penghutang. Contohnya dalam kes rakan saya, penghutang berasal dari Kuantan dan ada berpuluh-puluh group berhubung dengan Kuantan.

5. Join group-group tersebut.

6. Buat posting di group-group tersebut untuk memaklumkan bahawa si polan telah berhutang sekian-sekian dan mohon untuk orang lain berhati-hati. Sertakan sekali bukti-bukti pada point no 1.

7. Posting berkenaan akan dibaca oleh ahli keluarga, saudara-mara, rakan-rakan yang mengenali si polan. Secara tak langsung, ia akan memberi tekanan kepada si penghutang lebih-lebih lagi apabila ada yang membaca posting berkenaan, menghantar mesej kepada si penghutang.

8. Dalam kes rakan saya itu, selepas post berkenaan dimasukkan ke group, si penghutang menerima tekanan sebagaimana no 7 dan menghubungi rakan saya untuk merayu agar posting tersebut dibuang. Lalu rakan saya meletakkan syarat agar si penghutang langsaikan hutang barulah dia akan delete postingnya.

9. Akhir sekali, penghutang pun membayar hutang tersebut dan rakan saya delete posting-posting yang sudah dimuat naik. Selesai.

Nak cuba?

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Tags:

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Perancangan Kewangan Untuk Wanita Sempena Hari Wanita, saya kongsikan artikel-artikel…