fbpx

Cara Membuat Bajet Takaful

  • 8 months ago
  • 1Minute
  • 196Words
  • 356Views

“Afyan, saya nak langgan takaful untuk sekeluarga. Sekarang bajet saya RM500 untuk saya suami isteri dan 3 orang anak”

Dalam situasi di atas, pelanggan sudah meletakkan bajet.

Untuk satu keluarga, contohnya suami-isteri yang mempunyai 3 orang anak, dengan bajet RM500 – apakah plan yang perlu dilanggan oleh mereka?

(a) Bahagikan RM500 kepada kesemua 5 anggota keluar jadi RM100 setiap orang.

(b) RM200 untuk suami, RM150 untuk isteri dan bakinya untuk anak-anak.

Dalam konteks pengurusan kewangan, cara (b) adalah lebih tepat memandangkan si ayah dan ibu sebagai peneraju utama keluarga dan sebarang musibah yang berlaku ke atas mereka akan memberi kesan yang amat besar terhadap kewangan keluarga. Ia akan lebih besar peranan sekiranya suami sahaja yang bekerja.

Bayangkan apabila berlaku kematian, lumpuh atau sakit kritikal kepada si ayah, sudah tentu pendapatan si ayah akan terjejas dan memberi kesan terhadap kewangan dan ekonomi keluarga.

Berbanding sekiranya berlaku musibah yang sama ke atas si anak, kesan terhadap kewangan keluarga tidak terjejas teruk sebagaimana kesan apabila ia berlaku ke atas si ayah atau si ibu. (Tanpa menafikan kesan dari segi emosi akan berlaku)

Justeru, pembahagian bajet cara (b) adalah lebih sesuai bagi tujuan ini, berbanding cara (a)

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
“Simpanan di Tabung Haji untuk tujuan pergi haji sahaja, bukan…