fbpx

Cara Nak Pendekkan Tempoh Pembiayaan LPPSA

  • 5 years ago
  • 3Minutes
  • 418Words
  • 5905Views

Dipetik dari FB Razzaaq Ajaq

Boleh tak kita bayar lebih nak kurangkan baki pokok dan bayar habis pembiayaan LPPSA dengan cepat?

Kalau untuk pinjaman bank, kita ada cara untuk selesaikan pinjaman hartanah kita dengan lebih cepat iaitu bayar ke prinsipal pinjaman kita.

Kalau untuk LPPSA pun boleh tapi ada cara dan syarat-syaratnya. Bukan boleh terus bayar lebih ikut suka kita setiap bulan.

LPPSA tetapkan yang kalau kita nak bayar lebih untuk kurangkan prinsipal pinjaman kita hanya melalui bank deraf atau online banking.

Dan kalau nak kurangkan prinsipal kita kena bayar jumlah bersamaan 6 bulan dan ke atas ansuran bulanan rumah kita.

Contoh pinjaman RM226k (35 tahun) ansuran bulanan RM1k. Kita kena bayar sekurangnya RM6k sekaligus baru laa prinsipal pinjaman kita akan berkurang.

Kalau kurang dari jumlah tu prinsipal kita tak berkurang. Jadi tak ada beza pun kalau bayar lebih.

Berapa boleh jimat kalau bayar lebih? Ambil contoh pinjaman yang sama.

Situasi 1
Pinjaman RM226k (35 tahun) sebulan RM1k bayar macam biasa = RM420, 281

Situasi 2
Pinjaman RM226k (35 tahun) sebulan RM1k tapi bayar extra RM6k setahun = RM317, 162.

Jimat RM100 ribu dan habis bayar dalam masa 18 tahun sahaja atau jimat 17 tahun!! (rujuk gambar)

Kalau nak bayar online pula melalui maybank2u, cimbclick dan jompay sahaja. Pilih ansuran, isi jumlah nak bayar, isi no akaun pinjaman dan isi no IC. Lepastu emel pada LPPSA maklumkan.

Kalau rasa nak jimat banyak boleh buat. Cuma kena bayar ansuran dan simpan duit extra untuk bayar prinsipal pada akhir tahun.

Mana nak cari 6 bulan punya ansuran? Buat laa simpanan paksa atau melabur tempat yang boleh beri pulangan untuk bantu kita bayar. Lagi best kalau penyewa yang bayarkan.

Semua terpulang pada kita, berbaloi ke tak bayar extra. Belum masuk bab nak compare rates of return tapi ikutkan untuk orang yang tak nak hutang lama2 boleh guna cara mudah ni.

Tengok kemampuan masing2 bayar 2 ke 3 tahun sekali pun boleh. Lagipun kan ada kenaikan tiap2 tahun. 😁

P/S : pinjaman 200k dan bayaran extra RM6k di atas tu hanya contoh sahaja. Sesuaikan dengan ansuran bulanan rumah kita darab 6.

Disclaimer : semua pengiraan dan penulisan adalah pendapat peribadi dari penulis dan tidak melibatkan LPPSA atau mana2 pihak dan kos sebenar mungkin berubah.

Pinjaman LPPSA RM226000, rate 4% selama 35 tahun.

 

Bulanan RM1k, kena bayar ansuran 6 bulan iaitu RM6000 sekaligus baru kurang prinsipal. Kiraan di atas bayar pada akhir tahun setiap tahun selama 35 tahun.

Potongan gaji tetap jalan. Tak boleh stopkan potongan gaji dan tukar nak bayar online. Suka2 ko je.

 

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Nampak tak saya sedang mengeluarkan aura tu? Hahaha "Kerana Wang…