fbpx

“Cashvalue” vs Tiada “Cashvalue”

  • 3 years ago
  • 1Minute
  • 168Words
  • 426Views

Dipetik dari FB M Firdaus Ibrahim

“cashvalue” vs tiada “cashvalue”

“Saving ada ke tuan untuk produk ini? Kalau tiada rugilah saya buat sumbangan bulanan” Antara soalan yang ditanya kepada saya. Saya jelaskan kepada yang bertanya bahawa kita panggil “saving” itu sebagai “cashvalue”

Apabila kita panggil “saving” maka kita terbayang saving seperti di bank. Simpan seratus esok dalam akaun ada seratus. Jadi saya kata kita panggil sebagai “cashvalue”. Nanti menjadi salah faham tentang konsep.

Analogi yang mudah difahami. Untuk plan A ada “cashvalue” dan Plan B tiada. Sumbangan bulanan masing-masing RM200 dan RM100.

Perbezaan RM100 kalau digunakan untuk perlaburan lebih besar keuntungan dapat dibuat. Kerana itu takaful itu fokus pada perlindungan.

Kalau tiada musibah berlaku pada kita maka bersyukurlah bukan berasa rugi. Tambahan pula dapat pahala lagi kerana sumbangan bulanan di dalam tabung tabbaru’ itu kita membantu perserta lain yang ditimpa musibah. Pahala berterusan lagi kalau kita memberikan sumbangan bulanan.

p/s: tidak ambil polisi takaful lagi rugi.
INFAQ Consultancy
Firdaus Ibrahim
Sumber dari Fb Afyan Mat Rawi 
............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari FB Ahmad Mustapha Ahmad   Tahun 1996, saya…