fbpx

Cerita Sebuah Sekolah

  • 10 years ago
  • 2Minutes
  • 274Words
  • 322Views

Di sebuah sekolah di Kajang, seorang Guru Penolong Kanan bercita-cita untuk menjadi Guru Besar.

Guru Penolong Kanan membuat bermacam usaha untuk menonjolkan dirinya supaya dilantik Guru Besar, selepas Guru Besar bersara kelak.

Di peringkat pelajar sekolah pula, Ketua Pengawas menjalankan tugas dengan baik. Dengan kebijaksanaannya sbg ketua pelajar, Ketua Pengawas berjaya memimpin beberapa kelab dan persatuan.

Berbanding si Guru Penolong Kanan yang lebih suka bermain politik untuk melobi jawatan Guru Besar.

Pelajar-pelajar dan guru-guru menghormati sikap Ketua Pelajar yang berakhlak dan berpekerti mulia.

Dalam pada itu, anak Guru Penolong Kanan diam-diam berdendam dengan Ketua Pelajar.

Dia yang juga pelajar sekolah tidak puas hati kerana tidak dilantik sbg Ketua Pelajar.

Dia cuba memujuk ayahnya selaku Guru Penolong Kanan,  namun tidak berjaya kerana Guru Penolong Kanan gagal mempengaruhi guru-guru dalam mesyuarat Guru Besar bersama guru. Malah sebenarnya Guru Penolong Kanan tidak berminat dengan politik pelajar sekolah dan lebih suka untuk melobi guru-guru lain supaya dipilih sbg Guru Besar selepas Guru Besar skrg bersara.

Sudah 5 tahun dia melobi kerana tahun ini patutnya Guru Besar bersara dan dia merasakan dialah yg paling layak mengganti Guru Besar yg bakal bersara.

Namun, dia mendapat berita Guru Besar dilanjutkan kontrak dari bersara umur 55 ke umur 60 persaraan

Guru Penolong Kanan marah bukan kepalang, kerana terpaksa tunggu 5 tahun lagi utk mendapat peluang menjadi Guru Besar.

Mahu tidak mahu, dia membuat keputusan yang memeranjatkan seluruh sekolah.

Dia mendaftar sebagai pelajar sekolah dengan harapan beliau dilantik menjadi Ketua Pelajar.

“Tidal dapat jadi Guru Besar, jadi Ketua Pelajar pun jadilah”, katanya ketika mendaftar diri sebagai pelajar.

Anak Guru Penolong Kanan juga berputih mata dengan keputusan ayahnya itu.

Sengih 🙂

Afyan Mat Rawi,
Bekas pelajar yg meluat.

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Lebih separuh beban hutang rakyat Malaysia berpunca dari kegagalan mengurus…