fbpx

Confuse Saya Dengan Koperasi Noriba

  • 2 years ago
  • 2Minutes
  • 334Words
  • 428Views

Kalau tak silap saya, Koperasi Noriba ni yang bersungguh-sungguh mengatakan semua perbankan termasuk perbankan Islam ada riba.

Katanya akan sediakan produk pinjaman qardhul hassan tanpa riba.

Tapi tup-tup bekerjasama juga dengan perbankan Islam untuk tawarkan produk pinjaman.

Confuse saya…

Assalammualaikum wbh.

Kehadapan para Muslimin dan Muslimat.

Alhamdulillah. Bantuan Allah telah tiba. Khusus buat hampir 1.6 juta saudara dan saudari seIslam yang berkhidmat dengan sektor Awam – inilah masanya untuk anda mulakan langkah pertama keluar dari Riba.
1. Isi borang melalui pautan di bawah

https://bit.ly/FinancingByNORIBA

2. Konsultan Kewangan kami akan menghubungi anda untuk mendapatkan dokumen yang lengkap.
3. Selepas kami dapat yang dokumen lengkap melalui emel, kelulusan pinjaman akan diberikan seawal tempoh 7 hari.

* Pinjaman maksima RM200,000 pada kadar keuntungan 3.88%, * tempoh pinjaman maksima 10 tahun akan diberikan oleh Kuwait Finance House atau Al Rajhi.

* Potongan gaji bulanan melalui CoShare Holdings Berhad

4. Syarat utama untuk lulus: Anda wajib mengikuti kelas secara online (platform ZOOM, maksima 500 orang) – Pengurusan Kewangan Diri & Keluarga. Setiap hari Sabtu 10 pagi hingga 12 tengahari.
5. Untuk anda yang blacklisted, sila isi borang yang sama.


*Pinjaman maksima RM100,000 pada kadar keuntungan 7.99%
*tempoh pinjaman maksima 15 tahun akan diberikan oleh CoShare Holdings Berhad
* Potongan gaji bulanan melalui CoShare Holdings Berhad


Akhir Kalam,
Saya bagi pihak Noriba, mengalu-alukan semua permohonan pinjaman untuk meringankan beban kewangan bulanan anda.

Berbeza dengan institusi yang lain, Noriba diwujudkan untuk membantu masyarakat Islam keluar dari dosa Riba.

Sebagai orang yang berhutang, menjadi satu kewajipan fardhu kifayah untuk kami membantu anda. Doakan kami mendapat solusi Noriba kepada saudara dan saudari kita yang berkhidmat dengan sektor swasta selepas ini.

Ambil Solusi Noriba ini untuk menstruktur semula semua pinjaman riba anda dalam satu pinjaman patuh syariah (debt consolidation).

Dan ikutilah program pendidikan kewangan Noriba untuk anda membawa diri dan keluarga anda keluar dari dosa Riba dan belenggu hutang.

Kami doakan kejayaan dunia akhirat untuk anda. Semoga Allah mengampuni dosa riba kita semua.
Peace & Love,
Coach Syaraff Al Sadat
CEO Noriba IO Asia Berhad
#NoribaSociety2030

Sumber dari Fb Page Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Bertuah saya malam ini dapat berjumpa tokoh hebat ini. Banyak…