fbpx

Covid-19 : Kenapa Hanya Ada Cluster Tabligh

  • 4 years ago
  • 1Minute
  • 184Words
  • 319Views

Image may contain: 7 people, crowd, outdoor and text

Ramai yang persoalkan, kenapa hanya ada cluster tabligh tapi tiada cluster lain.

Saya juga mempersoalkan perkara itu, 2 hari lepas dan update status di FB.

Ini antara gambar yang dikongsi di ruang komen.

Selepas membaca komen-komen, saya membuat kesimpulan sendiri.

Mungkin benar mungkin salah. Ia juga bukan untuk blame mana-mana pihak, kerana event-event gathering itu dibuat sebelum arahan perintah kawalan pergerakan dikeluarkan.

Difahamkan, ada banyak event lain yang melibatkan himpunan skala besar sekitar tarikh tu.

Ada konsert.
Ada perlawanan bola sepak
Ada upacara agama
Ada himpunan parti politik
Dll

Cuma bezanya program-program lain dengan ijtimak tabligh, melibatkan gathering sehari sahaja atau beberapa jam

Berbanding dengan ijtimak tabligh, memakan masa 3, 4 hari.

Dalam tempoh tersebut, para peserta ijtimak berasimilasi, makan minum sekali, tidur sekali, mandi sekali, solat sekali dll

Mungkin ia menyebabkan virus lebih mudah untuk merebak dari satu individu ke individu lain.

Ini teori saya sahaja.

Apapun saya yakin ada hikmah yang berlaku. Tambah pula, punca kes daripada pesakit Covid-19 yang ke 136, datang ke ijtimak tersebut dalam keadaan mempunyai simpton sakit selepas pulang dari Korea.

Wallahua’lam

Afyan Mat Rawi

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Majoriti rakyat mengalu-alukan inisiatif ini untuk meringankan beban di waktu…