fbpx

Dari Konvensional ke Syariah

  • 4 years ago
  • 1Minute
  • 187Words
  • 309Views

Alhamdulillah, dapat membantu seorang Cikgu untuk berhijrah meninggalkan insurans konvensional.

Dalam kes ini, guru berkenaan terpedaya dengan seorang ejen insurans konvensional, minggu lepas.

Selepas itu baru dia Google dan jumpa blog saya lalu hantar mesej.

Lalu saya kongsikan tulisan lama saya.

Baca di sini

Ia tulisan lama, tahun 2011 ketika itu MCIS Zurich adalah satu kompeni. Sekarang sudah ada pilihan Zurich Takaful, malah ada berlambak lagi syarikat takaful di Malaysia. Jadi tidak ada alasan untuk kita memilih insurans konvensional, tidak kira ejen atau pelanggan.

Saya juga kongsikan tulisan berkenaan produk investment link insurans konvensional yang dilaburkan ke pelaburan patuh syariah.

Ia ibarat kita beli arak dan tauke arak tersebut melabur ke pelaburan patuh syariah. Status haramnya arak tidak berubah sekalipun tauke arak tersebut pergi haji balik hari.

Baca di sini

Di akhir mesej, saya kongsikan sedikit panduan untuk berhijrah Baca di sini

Buat rakan-rakan ejen takaful, peranan kita bukan sekadar nak kejar sales sejuta setahun. Kalau boleh kita nak juga dapat sejuta pahala setiap hari.

Jom kita sebarkan dakwah muamalat Islam utk mengajak masyarakat yang masih bergelumang dengan riba insurans konvensional.

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Dipetik dari Syafiq Ashraff Malik Indahnya bertakaful!! Saya lihat ramai…