Dari Peniaga Pasar Malam Ke Peruding Kewangan

Mungkin ramai tak tahu, saya pernah menjadi berniaga di bazar ramadhan dan pasar malam.

Setiap kali bulan Ramadhan begini saya akan terkenang pengalaman berniaga di bazar Ramadhan. Sebenarnya bukan bisnes saya, tapi bisnes makcik saya.

Paling menggamit memori, ketika saya grad bulan Oktober 2003, berkebetulan bulan Ramadhan dan seperti biasa saya membantu makcik saya di bazar Ramadhan. Sebenarnya sebelum grad lagi dah berjinak-jinak

Bulan tu betul-betul saya grad daripada UIAM.

Saya pernah berniaga di beberapa tapak bazar Ramadhan di Taman Samudera, Taman Amaniah dan Kampung Nakhoda.

Semuanya sekitar Batu Caves, Gombak, sekitar tahun 2003 hingga 2005 tak silap saya, sebelum makcik saya berpindah ke kampung.

Pernah beberapa kali, ketika berniaga, bekas lecturer saya di UIAM datang membeli dan terkejut. Ada juga kawan-kawan dari kalangan senior dan junior yang pernah terserempak.

Mana taknya, graduan undang-undang tapi berniaga bazar Ramadhan. Sampai jadi bualan di kalangan junior di Kuliyyah Undang-undang Ahmad Ibrahim, UIA. Atau lebih dikenali sebagai AIKOL – Ahmad Ibrahim Kulliyyah of Laws.

Pernah juga rakan-rakan terserempak saya berniaga dan kecoh “gossip” di kalangan junior saya tidak mahu chambering kerana ingin berniaga bazar Ramadhan.

Saya tergelak kecil apabila ia sampai kepada saya, bagaikan modul “telefon buruk” cerita asal saya berniaga bazar Ramadhan yg tiada kaitan dengan saya tidak chambering menjadi pelbagai versi dan riwayat apabila ia berpindah dari satu mulut ke satu mulut.

Salah satu versi yg agak “sadis” diabadikan oleh Sdra Amin Idris di dalam bukunya Magnet Diri.

Keratan akhbar ini pula tahun 2017. Rambut masih lebat.

Image may contain: Afyan Mat Rawi, screen

Jika ia terbit tahun 2020, mungkin tajuknya berubah menjadi

“Dan kini peniaga pasar malam yang menjadi perunding kewangan ini menerbitkan produk digital e-Learning Seminar Bijak Merancang Wang #eSeminarBMW.”

Hahahaha. Berangan tak salah kan?

Ramai ke nak tahu kisah hidup pahit maung saya selepas grad sehingga sekarang?

Kalau ada ramai yang nak tau, nanti saya kongsi sedikit demi sedikit.

Cer like banyak-banyak sikit. Baru la semangat saya nak kongsi. Lepas tu klik share. Hehe

Oh ya, jangan lupa dapatkan eSeminarBMW

 

Sumber dari FB Afyan Mat Rawi 

WP2Social Auto Publish Powered By : XYZScripts.com