fbpx

Dari SKY BIZ, SWISH CASH ke INFINITY DOWNLINE – Berapa kali rakyat Malaysia Perlu Terkena?

Dari SKY BIZ, SWISH CASH ke INFINITY DOWNLINE – Berapa kali rakyat Malaysia Perlu Terkena?

www.afyan.com

Skim Infinity Downline mengingatkan saya peristiwa kira-kira 10 tahun lalu.

Ia berlaku kira-kira pada tahun 2000 ….

(kalau dalam filem atau drama Melayu, bunyi sound-track flashback akan berkumandang dan skrin akan menjadi kabur sebentar dan babak seterusnya dalam warna suram atau  hitam-putih)

2000 – “ter”jebak.

Pada tahun tersebut saya baru kira-kira setahun jegung menjejakkan kaki di bumi Taman Ilmu dan Budi, UIAM, sebagai mahasiswa.

Tahun 2000 ketika itu Malaysia dilanda demam IT atau Information Technology . Dari kedai makan, sekolah, parlimen hingga ke menara gading memperkatakan tentang IT atau teknologi Maklumat.

Antara lagu yang menjadi siulan televisyen ketika itu ialah lagi Cinta IT nyanyian Dato’ Siti Nurhaliza (ketika itu masih belum berpangkat Dato’ dan belum lagi mengenali Dato’ K). Cinta IT, Sayang IT,….

Di waktu itulah tercetusnya satu skim perniagaan internet yang bernama SKY BIZ. Produk yang menjadi bahan jualannya adalah website yang dikatakan boleh dijadikan sumber pendapatan.

Bagi seorang mahasiswa, nilah RM 500 adalah terlalu besar untuk dilaburkan. Namun, dengan janji-janji manis yang muluk-muluk daripada “leader” yang juga senior dalam persatuan, menjadikan saya cair.

“Afyan, abang  rasa Afyan  mempunyai ciri kepimpinan dan layak untuk menerajui bisnes ini”, begitulah kiranya ayat-ayat cinta yang  dinyanyikan….

Maka, terbanglah RM 500 itu tadi dengan seribu satu perasaan. Dan akhir sekali ia menjadi satu mimpi ngeri saya seumur hidup.

Namun, ia menjadi satu pengajaran buat diri saya. Biarlah ia menjadi yang pertama dan yang terakhir. Selepas itu saya menjadi begitu anti kepada skim-skim seumpama itu sehinggakan skim-skim MLM yang benar-benar telus pun saya tidak percayai.

Rujukan tentang SkyBiz:

http://www.ftc.gov/speeches/other/dvimf16.shtm

http://www.ftc.gov/opa/2001/06/sky.shtm

“Berkenalan” Dengan SKIM PIRAMID

Sebenarnya ia tidak terhenti di situ. Beberapa tahun selepas itu, di tahun 3 pengajian Undang-undang UIAM, saya mengambil subjek “Cunsumer Law” atau Undang-undang Kepenggunaan. Subjek ini membawa saya kepada satu tugasan yang terkena batang hidung saya sendiri iaitu tugasan bertajuk “Pyramid Scheme”, dan bisnes SKY BIZ tadi menjadi bahan kajian saya.

Alhamdulillah, untuk subjek itu saya mendapat markah B+. Oh, tapi bukan isu utama yang ingin saya utarakan, tetapi berkenaan tentang SKIM PIRAMID.

Di sinilah saya “berkenalan’ dengan lebih dekat lagi dengan SKIM PIRAMID. Sebenarnya tidaklah sesukar mana untuk mengenali SKIM PIRAMID ini.

Kata kuncinya ialah PRODUK. Noktah.

Pertama sekali, soalan yang perlu diajukan, “apakah produk skim ini?”.

Jika di soalan pertama menimbulkan pelbagai keraguan, maka percayalah yang ia adalah skim piramid. Jika jawapannya mula-mula A, kemudian B, kemudian apabila dipertikaikan menjadi X, Y dan Z makan ia mengesahkan lagi yang ia adalah skim piramid.

Sekiranya, soalan pertama lulus dengan jayanya, maka kita pergi ke soalan yang kedua iaitu, “adakah produk tersebut akan laku sekiranya dijual dengan cara biasa?”.

Di peringkat ini kita boleh menguji sejauh mana kewujudan produk di dalam sistem tersebut. Adakah ia benar-benar produk untuk dipasarkan atau sekadar gimik dan tempelan untuk mengelabui mata orang ramai.

Di peringkat inilah kebanyakan skim-skim yang menggunakan nama MLM ternyata menggunakan produk “sampah” untuk mempromosi SKIM PIRAMID.

Dan sejak itu, saya perasaan benci saya kepada mana-mana skim yang berunsurkan piramid semakin menebal. Malah bisnes MLM sebenar pun saya menjadi begitu alergik.

Pernah terjadi, seorang rakan yang memperkenalkan saya satu perniagaan MLM, menjadi mangsa serangan saya!

INFINITY DOWNLINE

Topik ini sudah pun saya sentuh sepanjang minggu lalu di facebook saya.

Tuan-puan boleh melihat diskusi tentang ini di:

http://www.facebook.com/photo.php?pid=791664&id=1554505576
http://www.facebook.com/photo.php?pid=791664&id=1554505576#!/photo.php?pid=794218&id=1554505576&fbid=1324101433323

http://www.facebook.com/photo.php?pid=791664&id=1554505576#!/photo.php?pid=806968&id=1554505576&fbid=1330137944232
http://www.facebook.com/photo.php?pid=791664&id=1554505576#!/photo.php?pid=805971&id=1554505576&fbid=1329385565423

Dan secara kebutulan di hujung minggu lalu, Ustaz Zaharuddin Abd Rahman, seorang pakar dalam bidang muamalah Islam menulis satu artikel berkenaan skim INFINITY DOWNLINE ini.

Di Facebook dan blognya, isu ini menjadi satu perdebatan panjang.

Boleh lihat di http://www.facebook.com/notes/zaharuddinnet/status-hukum-infinity-downline-login-facebook-dapat-rm100/363054651082 dan http://www.zaharuddin.net/content/view/915/72/

Kalau diperhatikan satu per satu, ia adalah seumpama SWISH CASH yang menggemparkan negara beberapa tahun lalu.

Skripnya hampir sama dengan skim Infinity Downline ini. Penggiat-penggiat Swish Cash akan bermati-matian mempertahankan bisnes mereka. Sehingga akhir sekali ia diisytiharkan haram oleh kerajaan pun masih mempertahankan skim tersebut.

Sama seperti yang berlaku di dalam Infinity Downline ini. Ayat-ayat sama seperti “dengki tengok orang lain berniaga”, “tak faham konsep tolong menolong”, “inilah masalah orang Melayu, taknak tengok orang lain berjaya”, dan sebagainya.

Sekali lagi, ia kembali kepada soal produk yang ditegaskan sebentar tadi.

Ternyata produk Infinity Downline adalah produk sampah semata-mata.

Berdasarkan maklumat yang saya peroleh melalui Google Trends, ternyata rakyat Malaysia lebih ramai mencari info berkenaan Infinity Downline berbanding negara-negara lain.

Rujuk Google Trends: http://www.google.com/trends?q=infinity+downline.

Mungkinkah suatu ketika nanti kita akan mendapati Jutawan Facebook akan mengatasi Jutawan Gula? Tungguuuu….

15 Comments

Apa komen Sdra/i tentang tulisan ini?

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

WP Facebook Auto Publish Powered By : XYZScripts.com