fbpx

Di mana silapnya MLM?

  • 3 months ago
  • 3Minutes
  • 535Words
  • 411Views

Siapa ada pengalaman macam ni?

Dalam kesempitan, ada yang ambil kesempatan.

Perkara ini selalu berlaku dalam syarikat MLM, selalunya dipelopori oleh leader-leader dengan cara manipulasi sistem yang kadangkala kompeni tutup mata.

Dulu ada satu group jual penapis air guna plan MLM yang dimanipulasikan.

Syarikat MLM yang sah. Plan pemasaran yang diluluskan. Produk pun dijual ikut harga yang ditetapkan. Tapi ia tetap terdedah kepada manipulasi.

Target mereka ialah kakitangan awam. Sebab, golongan ini mudah dapat personal loan.

Kenapa nak kena buat personal loan?

Ini modus operandi mereka.

  1. Minta bakal downline buat personal loan. Contoh 30K.. Mereka siap ada “kaki” dekat bank untuk tolong approve dengan cepat
  2. Kemudian duit 30K itu digunakan untuk beli 10 biji penapis air. Kenapa nak kena beli sebanyak itu? Supaya terus dapat naik ranking yang lebih tinggi. Kalau jual sebiji sebulan, lambat naik pangkat.
  3. Lepas dapat 10 biji penapis air tu, bukan cari pembeli untuk jual penapis air tu, tapi cari downline untuk buat balik dari step no 1.
  4. Mereka kena target sekurang-kurangnya 3 downline direct untuk dapat bonus dan balik modal. Lepas tu boleh kutip untung tiap bulan apabila downline ulang step sama.
  5. Downline baru akan ulang step no 1 sampai step No 4 pada setiap level. Begitulah modus operandi mereka diulang ulang – ulang – ulang – ulang – ulang, sehinggalah sampai saat kesontotan.

Dalam hal di atas, MLM tak salah. Plan pemasaran pun betul, mereka ikut plan yang diluluskan oleh undang-undang.

Produk penapis air pun tak salah. Ia dijual dan dipasarkan dengan harga yang munasabah.

Yang salah ialah leadar yang manipulasi sistem MLM itu dan kebarangkalian besar pihak management syarikat tutup mata. Jika diambil tindakan, pihak management akan cuci tangan dan beritahu bahawa mereka tiada makluman aktiviti yang dilakukan oleh orang bawah.

Modus operandi manipulasi di atas boleh dilakukan ke atas semua syarikat MLM.

Bisnes takaful dan unit trust pun, pernah ada leader kreatif yang manipulasi sistem. Tapi lain sikit caranya. Nanti saya ceritakan kemudian.

Terkini, saya terima mesej ini. Kali ini mereka sasarkan golongan muda dari kalangan mahasiswa dan graduan muda. Atau eksekutif muda yang diberhentikan kerja.

Golongan ini adalah antara golongan yang baru hendak memulakan hidup dan terkesan dek krisis kesihatan Covid-19.

Jika modus operandi dulu-dulu, kena buat personal loan, tapi memandangkan kali ini sasaran mereka adalah golongan muda yang belum ada kewangan yang kukuh, maka tidak sesuai untuk minta mereka apply personal loan.

Jadi, apa yang mereka lakukan adalah dengan miminta mereka sendiri yang membuat hutang dengan syarikat MLM penapis air berkenaan.

Beli 2 buah penapis air dengan bayaran ansuran 150 sebulan, dengan menjanjikan pendapatan komisen 4000 jika berjaya jual 5 unit.

Baca screnshot mesej di atas untuk detail.

  • Tawarkan program bisnes dengan pendapatan 4K kpd orang muda
  • Wajib beli 2 unit penapis air
  • Kena jual 5 unit penapis air
  • Selepas beberapa bulan, gagal jual
  • Menanggung hutang setiap bulan

Bayangkan jika sebulan seorang leader ejensi tadi berjaya rekrut 10 orang dan setiap seorang buat pem.be.lian 2 unit penapis air?

Maknanya, 20 unit terjual? Jika 5 unit terju.al, kom.isen ejen biasa ialah 4K, maknanya jika 20 unit, paling kurang 16k! Tak termasuk komisen overriding sebagai leader? Tak mustahil cecah 20k sebulan dengan hanya jaja idea “program bisnes”.

Siapa ada pengalaman, boleh kongsikan.

Berhati-hati kawan…

Jemput follow Channel Telegram Tips RM t.me/AfyanIFP untuk banyak lagi tip-tip kewangan secara PERCUMA!

............................................................
Buku FIRE
Buku F.I.R.E - FINANCIAL INDEPENDENCE RETIRE EARLY
RM49.00
Harga termasuk kos penghantaran

www.BukuFIRE.com

Apa komen Saudara/anda tentang tulisan ini?

Recommended
Sebelum ini dah ada orang feed saya info ini tapi…